Powered by Blogger.

Tuesday, February 28, 2012

Erti Cinta



Mereka yang menghargainya, menyebutnya tanggung jawab,  
Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan.
 Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian .
Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir.

 Kadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita .Kadang-kala Ia pun melukai hati, supaya hikmah-Nya boleh tertanam dalam. Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya.




 Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Dia mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi yang lebih baik. Mengapa menunggu? Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa. Kerana walaupun kita ingin cepat-cepat, kita tidak ingin sembrono. Kerana walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu. 

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan duhulu, Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu, Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu. Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, daripada memilih apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, daripada memuaskan diri dengan apa yang ada. Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat, Kerana hidup ini terlampau singkat untuk dilewatkan bersama pilihan yang salah, kerana menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri. 

Perlu kau ketahui bahwa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam, Kota Rom tidak dibangun dalam sehari, Kehidupan berlalu dalam rahim selama sembilan bulan, Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan. Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama, Dan penantian kita tidaklah sia-sia. Walaupun menunggu memerlukan banyak hal - iman, keberanian, dan pengharapan -penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan. Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmahNya, meminta kita menunggu, kerana alasan yang penting.


Cinta itu indah tapi yang indah-indah belum tentu cinta .

Friday, February 24, 2012

Jenis-jenis Lelaki Yang Anda Patut Putuskan Hubungan


1. Lelaki yang sering mengucapkan kata sayang tetapi tidak mahu atau tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius walaupon anda sudah mengenalinya sudah bertahun-tahun .Ini bermakna bahawa anda bukan org yang dia inginkan & mungkin juga anda tiada dalam kamus hidupnya.

2. Lelaki yang sentiasa menghubungi anda tanpa mengira waktu. Selalunya lelaki sebegini akan mengeluarkan kata-kata manis apabila dia sangat memerlukan anda.Tetapi,bila anda memerlukannya,dia langsung tidak muncul atau memberi banyak alasan utk mengelakkan dari anda.

3. Lelaki yang selalu mengajak anda keluar hanya sebagai teman tapi mesra. Kemana saja anda berdua. Ibarat merpati sejoli la konon pada pandangan orang. Malangnya hati lelaki tu tak terdetik langsung untuk mengisi anda dalam ruang hatinya yang dah lama kosong.Jangan buang masa dengan lelaki seperti ini.

4. Lelaki yang sudah mempunyai kekasih, tapi tetap mahukan anda(tamak betul). Selalunya lelaki macam ni mempunyai ramai awek tapi sekadar memenuhi nafsunya.

5. Lelaki yang anggap dirinya sentiasa betul. Pandangan atau setiap perkara yg anda buat salah padd mata / pandangan dia.Selalunya kalau menjalinkan hubungan dengan lelaki macam ni, anda akan sering dimarah / ditengking kononnya anda saja yang bersalah dlm sesuatu hal(ego la tu),hal kecil pun nak dibesarkan.







Dari : Forum Tentang Cinta

Perkara Pelik Untuk Pikat Pasangan (Lelaki & Perempuan)


Sifat manusia yang kadang-kala kita tak sedar pun.
Baik lelaki mahupun perempuan.


PEREMPUAN

1. Memakai pakaian di luar kebiasaan.

Seriyesly. Semua perempuan akan mengambil masa yang agak panjang untuk memilih dalam bab pemakaian. Dan bila diorang sudah ada jejaka pilihan diorang sendiri, makan diorang akan lebih teruja untuk menunjukkan satu pemakaian yang berbeza dengan sebelum-belum ni. Contohnya. Sebelum ni tak pernah dan tak kenal apa itu shawl, sampai satu masa, dia akan cuba juga untuk pakai shawl, walaupun kekok. Sebabnya, dia cuba cari satu kelainan agar si jejaka tadi dapat tertarik dengan dia. Di Malaysia ni, takder lagi yang pakai pakaian macam Lady Gaga rasanya. Kalau ada...

2. Tabiat atau perangai bertukar.

Ketika seorang wanita melihat lelaki yang disukainya lalu, maka dia akan jadi seorang yang pendiam plus pemalu walaupun dia jenis huru hara. Tapi dalam hati, hanya tuhan je yang tahu. Dan selalunya yang jadi mangsa adalah kawan-kawan rapat diorang untuk diorang meluahkan perasaan. Perangai pemalu ni akan bertahan semasa sebelum kenal. Selepas kenal, diorang akan lebih bersifat terbuka dan peramah. Means dah takda dah kalau jumpa, muka merah, ternyorok-nyorok belakang kawan. Tegedik-gedik semua. Tak ada.

3. Berpura-pura minat sukan.

Kebanyakkan lelaki memang minat bola. Dan kebanyakkan perempuan memang benci bola. Sekiranya korang ternampak dengan perempuan yang tiba-tiba berkata ayat-ayat klise macam. "Manchester tak boleh menanglahhh" or "rasanya Chelsea lagi powerrr". Maksudnya, dia sedang suka dengan lelaki yang minat bola, dan mesti dia sedang terpaksa bercakap macam tu. Tepuk dada, tanya selera. Sam juga macam lelaki, kalau korang bercerita tentang kasut tinggi Stiletto, tiba-tiba kiteorang datang cakap pasal jenama Bata. kan dah nampak dah kerendahan citarasa kat situ.

4. Sembur perfume over + Makeup tebal mebal.

Usahlah pakai bertan-tan minyak wangi. Selalunya perkara ni terjadi pada pertama kali mereka-mereka bertemu. Bila dah terlalu seronok, diorang tak sedar yang pemakaian diorang berada di luar satu batasan. Terlalu wangi sangat pun tak boleh, sebab perfume perempuan dan perfume lelaki itu berbeza bahannya. Confirm si jejaka akan merasa pening sebab tak biasa.

Kedua, tak perlu nak makeup tebal-tebal. Kalau lelaki tadi betul-betul sayang kat korang, dia akan terima muka korang yang natural. Maksud aku, takderla makeup tebal sampai jadi muka lain. Cukup sesedap rasa je. Kebanyakkan perempuan kalau tumbuh satu jerawat sikit dah malu. Bila malu, mulalah pakai bedak setebal-tebalnya nak tutup. Kena pulak keluar dengan lelaki alim, bila time solat, solatnya 5 minit, nak cover makeup balik 15 minit. =,=' Kan?

5. Usah menonjol sangat tunjuk kekayaan.

Mungkin ada yang datang dari anak dato'. Mungkin ada yang datang dari anak Yb. Usahlah korang kerap pujuk rayu lelaki dengan gadget-gadget yang terkini. Cinta kami tak murah untuk diperbuat sebegitu. Selalunya lelaki akan bersifat kepimpinan dalam satu hubungan. So, mereka sanggup untuk mengeluarkan duit mereka sendiri untuk menunjukkan mereka itu gentleman. Bila lelaki kerap dikerap dijaja dengan duit, adakah lelaki itu seorang boyfriend ? Atau perempuan tadi sekadar sugar mummy ?



LELAKI

1. Melibatkan diri dalam arena gusti.

Dalam kes ni, selalu aku nampak, dengar dan jumpa. Berlaku gak di kalangan member-member aku dan aku gak pernah rasakan dulu. Ada je laki yang rasa diorang kuat, diorang suka usha perempuan yang dah berpunya dengan cara bergaduh. Mungkin diorang fanatik WWE, ataupun memang hobi diorang, atau mungkin diorang rasa bila diorang buat macam tu, perempuan akan tertarik. Yup, aku tak nafikan ada je perempuan akan tertarik sebab dia kuat, sebab dia berjaya jatuhkan lawan dia. Tapi tak semua macam ni.

Bergaduh pasal perempuan ? Okeh. Akhir zaman ni, populasi perempuan lagi ramai. Korang tak usah risau. Ada je pasangan untuk kita. Buat ape nak gaduh bagai. Chill.

2. Tunjuk mereka berduit.

Yup. Sebagai lelaki, selalunya mereka akan tunjukkan berduit walaupun sebenarny duit Ptptn tu just cukup-cukup makan. Ada sebab mereka buat benda ni. Pertama, mereka nak tunjuk yang mereka ni gentleman. Taknak susahkan orang yang disayangi. Kedua, nak tunjukkan yang diorang sangat menghargai perempuan tu. Biasalah, lelaki ada ego mereka sendiri. Thats why, diorang taknak rasa lemah. So, janganlah dok kata kami ni mata duitan lah. Kami ni baik sebenarnya. He he. Korang jugak yang untung nanti. Cuma..

Dalam bab ni, kenalah berpada-pada. Hang dok kebas laki hang punya duit. Mati woo.

3. Sembunyikan tentang masa lepas.

Bagi aku, memang kadang-kadang orang lelaki akan sembunyikan masa lepas diorang. Sebab bagi diorang, bila jumpa orang baru, maka kisah lama tak perlu diungkit dan itu hanya tinggal sejarah. Sebab tu diorang buat macam tu. So, janganlah korang rasa kami ni cuba sembunyikan apa-apa. Nanti kalau kiteorang dok citer-citer perihal hal lepas, korang kata kami comparedla, apela bagai. Bila baru kenal tu, janganlah semangat tanya sangat pasal hal-hal lepas. Diorang takkan cerita sangat pun. Jangan pelik.

4. Belajar main gitar.

Zaman sekarang muzik mainkan peranan penting dalam bab usha mengusha ni. Kira satu advantages bagi lelaki kalau pandai main gitar. Mereka akan belajar dengan tekun kalau perempuan yang diorang minat tu suka lelaki yang pandai main gitar. Kadang-kadang ada je yang tak reti, tapi buat-buat pandai. At last, ada yang berjaya dapat dan ada yang ke laut. Ikut nasib.

Dari : Forum.tentang.cinta

Sifat Wanita Berdasarkan Unsur (Kepercayaan Melayu/Jawa)


Hanya sekadar rujukan, dan tidak seharusnya mempercayai 100%

Sifat-sifat wanita berdasarkan unsur

Tanah  :(anak pertama,kelima,kesembilan)


Air  :(anak kedua,keenam,kesepuluh)


Api  : (anak ketiga,ketujuh,kesebelas)


Angin : (anak keempat,kelapan,kedua belas)







- - - - - - - - - - - - - - - 


Tanah

Rendah diri dihadapan suami,hormat dan patuh serta setia dan rela bekorban demi suami tersayang.

Penyabar dan bertolak ansur.

Tidak cerewet,tidak suka meninggikan diri, tidak sombong dan bukan pemarah.

Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi merupakan kekasih yang setia.

Tenang dan mengamankan jiwa, selalu memberi galakan dan sokongan.

Mempunyai perwatakan yang lemah lembut, manis, pembersih dan sentiasa menjaga kebersihan.

Seorang yang berwibawa dan praktikal.



 - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Air

Menghidupkan hati suami dan menjadikan suami sentiasa bersemangat.

Mengambil berat tentang kebajikan keluarga.

Seorang yang penuh simpati dan sentimental.

Hatinya bersih dan selalu membahagiakan.

Menenangkan hati suami apabila suami menghadapi masalah.



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Api

Cintanya sentiasa hangat membara serta kuat cemburu.

Cekap dan cepat dalam menguruskan hal hal rumahtangga.

Merupakan penasihat yang baik.

Pandai menghias diri agar sentiasa kelihatan cantik dan menarik.

Sentiasa berwaspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.



- - - - - - - - - -  - - - - -

Angin
Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.

Pandai memujuk rayu dengan kata kata yang indah.

Bersopan santun dan berbudi pekerti mulia.

Pandai mewujudkan suasana yang selesa dalam rumahtangga.

Seorang yang berterus terang dan gemar mencari kepelbagaian dalam aspek kehidupan.

Seorang yang bergaya, tenang dan tidak cerewet.

Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang unggul.



- - - - - - - - - - - - - - 

Thursday, February 23, 2012

Tips Mencari Lelaki Yang Baik


1. Yang berkemampuan.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.

Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.


Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.
Begitu juga isteri yang baik.
Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan.
Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.


Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.


Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.
Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.
Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.


Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.



Bukan sahaja dapat memaafkan malah melupakan kesilapan lalu dan tidak mengungkit-ungkit .

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. 



Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia







Tips Untuk Kaum Hawa


Untuk Hawa,andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;








1.Kuat Pengamalan Agamanya

Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.

Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan.

Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.



2. Baik Akhlaknya

Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;

"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."



3. Tegas Mempertahankan Maruah

Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.



4. Amanah

Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.


5. Tidak Boros

Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.



6. Tidak Mengelingas Matanya

Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.



7. Terbatas Pergaulan


Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.



8. Siapakah Rakan Pergaulannya
Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.


9. Bertanggungjawab

Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.


10. Tenang wajahnya


Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.


O ALLAH, send someone for me who will bring me straight to Jannah♥

Bersedialah untuk membimbing dan dibimbing

Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.
Cinta seorang wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah.



Dari: forum.tentang.cinta

Sahabat JIwa





Ku mengenalmu lewat JIWA,
bukan lewat MATA
Kujadikan kamu SAUDARA lewat HATI,

bukan sekedar BASA-BASI
Ku tak tahu seperti apa aku dalam pandangmu,

selayak apa ku dalam ukhuwahmu,
tapi yang ku tahu,
meski dengan keTERBATASan dan berbalut keKEKURANGAN
aku menulis NAMAmu di HATIku
Sejak awal
kita dalam balutan ISLAM UHIBBUKIFILLAH ,


Andai saja kau tahu,
Engkaulah sahabat jiwaku,

 meski raga tiada pernah bersua dan jarak terbentang di antara kita,

Engkaulah saudaraku, 

walau darah kita tak sama dan terlahir dari rahim yang berbeda,
Tiada terlewat namamu dalam lirih doaku,
Tiada terungkap besarnya kasih ini padamu,

Sahabat, 

MAAFkan aku,
Moga keceriaan kan slalu menghias wajah indahmu dan ketenangan sentiasa menyelimuti jiwamu .

Sahabat, 

cinta ini karena-Nya,
Smoga Allah pertemukan kita dalam indah mihrab-Nya dan memberi kita naungan manakala kelak tak ada naungan selain naungan-Nya




10 Rahsia Mengeratkan Hubungan Dengan Si DIa


 Dalam menjaga perhubungan kadang-kala amat sukar . Namun ilmu penting dalam setiap perkara . Jika anda selalu gagal dalam percintaan cubalah amalkan beberapa tips di bawah .

1. JujurBila ada yang tidak kita sukai dari si dia, lebih baik jujur. Kalau perlu, cakap terus terang face-to-face.. Memanglah sakit sedikit, tapi ada kebaikannya di masa hadapan. Seharusnya kita berterus terang dan jangan terus merahsiakan sesuatu yang boleh menggugat hubungan kita dan si dia suatu hari nanti.

2. Jadi Diri Sendiri (Be yourself)Menjadi diri sendiri adalah paling baik. tak perlulah kita meniru penampilan orang lain untuk disukai. Misalnya, kita seorang yang biasa casual, tiba-tiba berubah mengikut gaya si dia. Jikalau untuk kebaikan, tidak mengapalah. Jangan lah si dia mencintai anda kerana diri anda yang PALSU.

3. TulusApabila menyintai si dia. Tulus sahaja dengan si dia. Jangan mengharap sesuatu balasan dari si dia. Misalnya anda menolong si dia, jangan sesekali mengungkit-ungkit mengenainya.

4. TerbukaTidak perlu berbohong. Bersikap terbukalah selalu. Selama ini kita rapat dengan siapa dan biasanya kita menghabiskan waktu di mana. supaya si dia tidak merasa syak wasangka terhadap kita.

5. Kata "maaf"maaf memang ada batasnya. namun, tidak salah jika kita meminta maaf. nama pun manusia. pasti ada salah dan silapnya juga. sememangnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

6. KejutanJangan kita segan memberi kejutan buat si dia. misalnya, memberi hadiah kepada si dia. Tidak perlulah menunggu hari-hari tertentu baru hendak berikan hadiah. Tentunya si dia akan lebih memberi perhatian pada kita.

7. Care (Prihatin)Perhatian!! Tidak semestinya kita perlu mengeluarkan belanja untuk mendapatkan perhatian si dia, sekadar bertanya sudah makan ke belum atau bergurau mesra dengan si dia pun sudah mencukupi.

8. Dekat dengan keluargaTidak semestinya kita mencintai seseorang kita perlu mesra padanya sahaja. Cuba-cubalah bergaul mesra dengan keluarganya juga yaa..

9. Berfikiran positifSelalulah berfikiran positif mengenai si dia. Jangan terlalu memikirkan yang bukan-bukan mengenai si dia. tapi AWAS!! jangan terlalu membiarkan sahaja si dia. Jangan sampai ada orang lain potong line sudahlah.

10. Hargai PRIVACYMeskipun kita dan si dia bersikap terbuka. Tidak semua cerita perlu diceritakan. mungkin belum masanya. Hargai juga privacy si dia. apa yang perlu kita ketahui dan apa yang sebaiknya jangan kita campuri..


p/s semoga tip-tip ini dapat membantu anda mengeratkan lagi hubungan anda dan si dia yew.. (^^)Dari : forum.tentang.cinta
x

Ketika Bunga Di Taman Sebelah Lebih Indah



Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain.

Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi.



Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita

Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.

Apa alasan Allah sebenarnya?

kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.

Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.

Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Suatu pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami melotot. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain.

Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan.

Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.

Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya..

Jangan pernah kita sakiti hatinya

Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu..

Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering

Cinta tidak akan abadi jika diantara kita

Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian

dan Cinta akan hancur

Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu..

Jagalah hati pasangan kita masing – masing

Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya

dan cinta juga boleh memberikan semangat..

Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati..

bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau..

kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya..

janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..

kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya,

maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan..

melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat.

Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat

apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..

Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…



Dari: forum.tentang.cinta

Mengapa Lelaki Pergi


Jatuh cinta adalah suatu perasaan yang indah sekali. Apa tidaknya, kita menganggap jatuh cinta adalah satu anugerah atau bonus yang datang pada waktu yang tidak kita sangka. Kejutan, harapan dan kenikmatan yang dialami membuatkan kita tersenyum seorang diri.

Bagi kaum wanita, adalah tidak mudah untuk jatuh cinta kepada seseorang, lebih-lebih lagi jika sebelum ini anda pernah dikecewakan. Ada yang sudah jemu dengan kaum lelaki, ada yang sanggup menutup pintu hatinya pada insan lain.

Tetapi,

Bila hati itu sudah dibuka oleh seseorang yang sungguh istimewa dan anda menganggap si dia adalah ONLY ONE!

Maka, sudah tiba masanya untuk anda meluahkan perasaan anda terhadapnya.

Namun, langit tidak sentiasa cerah dan pertanyaan hati ini tidak semestinya akan terjawab. Anda mengambil langkah berani untuk mengeluarkan isi hati anda terhadapnya dengan harapan cinta anda dibalas.

Tetapi, si dia mula berubah dan menjauhkan diri daripada anda. Apakah sebabnya?

1. Si Dia Tidak “Available” Dari Segi Emosional
Sesetengah lelaki hanya ingin mempunyai teman wanita dan ingin mengalami perasaan “merasai kereta baru”. Mereka tidak ada niat untuk mencari pasangan serius (untuk masa hadapan dan selamanya).

Apabila anda memberitahu hasrat anda, si dia mula PANIK.

Lelaki yang tidak “available” dari segi emosional ini biasanya tidak sanggup untuk meninggalkan rutin kehidupannya yang bebas selama ini dan sanggup untuk melakukan apa sahaja untuk terus berada di dalam ZON SELESA.

2. Si Dia Sedang Memikirkan Masa Depannya Dengan Anda!

Betul – ada kemungkinan!

Setelah beberapa lama mengenali anda, si dia mula melihat gambaran besar dan halatuju hubungan ini.

Si dia mula memikirkan kehidupan sosial, kewangan dan komitmennya terhadap anda jika ingin betul-betul serius terhadap anda.

Ini memakan masa dan kebiasannya akan menyebabkan si dia mengasingkan diri untuk menilai pelbagai kriteria sebelum serius kepada anda.

Dan di sinilah kaum wanita sering melakukan KESALAHAN.

Anda menganggap hubungan ini bermasalah dan menghabiskan waktu anda untuk memperbaiki perkara yang tidak sepatutnya dibaiki. Tiada kerosakan pun yang berlaku di sini. Anda ingin menyelesaikan masalah yang tidak wujud.

Akhirnya, si dia letih dengan tohmahan yang dilemparkan kepadanya dan mula melihat hubungan ini dari perspektif yang berbeza. Si dia merasakan sudah tidak sesuai dan serasi bersama anda lantas berhajat untuk meninggalkan anda.

Tragedi Bermula!





Begitulah 2 sebab mengapa lelaki meninggalkan anda setelah anda meluahkan perasaan anda kepadanya. Ada banyak lagi kemungkinan lain, tetapi 2 sebab di atas adalah yang biasa sekali berlaku.

Kita tidak pernah diajar bagaimana untuk mengatasi masalah sebegini di sekolah. Apabila terjadinya masalah sebegini, anda kelu dan tidak tahu untuk membuat keputusan. Silap haribulan, hubungan yang sepatutnya berjaya diselamatkan hancur lebur begitu sahaja disebabkan salah cara.





Dari: http://forum.tentangcinta.com

Tentang Lelaki



Tidak lelaki semuanya sama sifatnya, namun jadikan sebagai panduan dalam mengenali jantina diri sendiri mahupun yang berlainan jantina . 


1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita
disebabkan mereka cantik, tetapi mereka
lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan
ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba
untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah
makan ke belum? adalah merupakan soalan paling
kerap akan ditanya ketika mereka menelefon
seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan
mereka sepanjang hari,tetapi sebelum tidur,
pasti mereka akan memikirkan mengenai
wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap
seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua
karakter negatif yang ada pada wanita
tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan
sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja
untuk mendapatkan perhatian daripada
seorang wanita.





8. Lelaki amat benci apabila wanita
menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki
mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk
seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa
ibubapa kekasih mereka,ini menunjukkan mereka
benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat
wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah
kerana mereka sukar untuk menerima
kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka
mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau
awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan
membuat seribu satu andaian dan akan
berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat
sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap
dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati
lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi
esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan
tengahari mereka semata-mata ingin
memberikan wanita beberapa kuntum bunga
ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami
melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik anda menguji seorang
lelaki itu terlebih dahulu sebelum
mempercayainya. Tetapi,pastikan ia tidak
mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk
menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang
menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka
mempunyai hubungan dengan orang lain
terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah
kepada wanita, mereka amat risau sekiranya
hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu
untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa
yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan
kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta
melebihi 3 tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang
materialistik.

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat
untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat
daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu
yang serius, berikan perhatian yang
sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai
memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan
membuatkan lelaki berusaha untuk
memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui
pengalaman, bukan seperti wanita yang
belajar mengenai cinta
melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka
keluar bersama lelaki lain berdua walaupun
hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan
yang pertama dibuat,tetapi bukan untuk
kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau
mengada-ngada



Sumber : http://forum.tentangcinta.com/