Powered by Blogger.

Showing posts with label lelaki dan cinta. Show all posts
Showing posts with label lelaki dan cinta. Show all posts

Monday, April 7, 2014

Takdir dan Jodoh


Ramai orang keliru apakah dia takdir dan apakah dia jodoh. Ramai juga yang berfikir jodoh kita telah ditentukan sejak azali lagi. "Jadi kalau ada jodoh adalah, kalau takda jodoh takdalah. Itu semua ketentuan Tuhan dalam takdirnya". Ada betul juga pernyataan ini. Jadi, jika semuanya telah ditentukan. Apa perlunya kita berusaha? Duduk rumah boleh dapat jodoh bukan?

Mari kita kupas, apakah maksud takdir terlebih dahulu. Takdir adalah berasal daripada perkataan kadar. Takdir adalah satu perkadaran yang ditentukan. Contohnya, perjalanan planet-planet adalah mengikut laluan yang ditentukan. Keseluruhan isi alam ini bergerak mengikut perkadaran yang telah ditentukan. Jika alam ini melanggar perkadarannya sendiri, maka kucar kacirlah alam ini. Setiap benda yang bergerak di dalam alam ini termasuk manusia dan haiwan adalah mengikut perkadarannya sendiri. Apakah itu jodoh? Jodoh adalah keserasian. Jika sesuatu pasangan itu serasi, maka kekal lah jodoh itu, jika tidak serasi, maka jodoh itu tidak akan berkekalan. Apakah yang menyebabkan berlakunya keserasian itu? Sudah tentu perkadaran manusia itu sendiri. Setiap manusia telah ditetapkan perjalanan hidup mereka sendiri.

Dalam perjalanan hidup inilah manusia akan bertemu dengan jodoh mereka. Dan jika jodoh mereka ini mempunyai perkadaran yang sama maka berlakulah keserasian. Bagaimana pula dengan kahwin paksa atau pun jodoh yang dirancang? Kita ibaratkan kahwin paksa ini sebagai memasukkan belon ke dalam air di dalam sebuah baldi, dan kita tutup baldi itu dengan penutup. Jika penutup itu kuat, maka belon itu akan kekal di dalam air.

 Tetapi, jika tenaga belon itu lebih kuat, maka belon itu akan terkeluar daripada air tersebut. Ini bergantung kepada faktor luaran juga, dimana ada unsur lain yang membantu belon itu terkeluar dari baldi air. Daripada analogi ini kita simpulkan bahawa, takdir belon itu sebenarnya terapung di atas air, kerana sifatnya yang tidak boleh bercampur dengan air. Walaubagaimanapun ada unsur luaran yang boleh mengubah takdir belon tersebut untuk tenggelam di dalam air. Inilah yang dikatakan perkahwinan dari luar nampak bahagia, tapi pada hakikatnya menderita.

 Walaubagaimanapun, kita tidak boleh samakan manusia dengan belon, manusia boleh berubah. Ingat lagi teori evolusi? Teori ini kelihatan melanggar akidah agama tertentu, tapi jika dikaji terlebih mendalam, manusia zaman prasejarah memang tidak sama dengan manusia zaman kini. Genetik manusia telah berubah mengikut kesesuaian zaman.

Manusia zaman kini lebih bijak dan lebih tabah jika dibandingkan zaman dahulu yang penuh dengan peperangan dan permusuhan. Tetapi, ini bergantung kepada manusia itu sendiri jika ia mahu berubah atau tidak. Jika, ia menerima hakikat bahawa pasangannya yang dipaksa kahwin itu sebagai jodohnya, dan ia redha dengan ketentuan itu, maka ia akan bahagia. Inilah kelebihan manusia, mereka ada kuasa memilih iaitu akal. Berbeza sangat dengan makhluk lain yang hanya mengikut sahaja perkadaran yang telah ditentukan.

Thursday, February 23, 2012

Tentang Lelaki



Tidak lelaki semuanya sama sifatnya, namun jadikan sebagai panduan dalam mengenali jantina diri sendiri mahupun yang berlainan jantina . 


1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita
disebabkan mereka cantik, tetapi mereka
lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan
ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba
untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah
makan ke belum? adalah merupakan soalan paling
kerap akan ditanya ketika mereka menelefon
seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan
mereka sepanjang hari,tetapi sebelum tidur,
pasti mereka akan memikirkan mengenai
wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap
seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua
karakter negatif yang ada pada wanita
tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan
sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja
untuk mendapatkan perhatian daripada
seorang wanita.





8. Lelaki amat benci apabila wanita
menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki
mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk
seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa
ibubapa kekasih mereka,ini menunjukkan mereka
benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat
wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah
kerana mereka sukar untuk menerima
kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka
mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau
awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan
membuat seribu satu andaian dan akan
berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat
sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap
dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati
lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi
esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan
tengahari mereka semata-mata ingin
memberikan wanita beberapa kuntum bunga
ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami
melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik anda menguji seorang
lelaki itu terlebih dahulu sebelum
mempercayainya. Tetapi,pastikan ia tidak
mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk
menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang
menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka
mempunyai hubungan dengan orang lain
terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah
kepada wanita, mereka amat risau sekiranya
hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu
untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa
yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan
kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta
melebihi 3 tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang
materialistik.

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat
untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat
daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu
yang serius, berikan perhatian yang
sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai
memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan
membuatkan lelaki berusaha untuk
memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui
pengalaman, bukan seperti wanita yang
belajar mengenai cinta
melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka
keluar bersama lelaki lain berdua walaupun
hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan
yang pertama dibuat,tetapi bukan untuk
kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau
mengada-ngada



Sumber : http://forum.tentangcinta.com/