Powered by Blogger.

Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts

Monday, August 11, 2014

Di Rogol Setan Bergilir-gilir .


Kuala Terengganu: Terpedaya dengan ayat manis melalui aplikasi WeChat menyebabkan seorang remaja perempuan dirogol bergilir-gilir teman lelaki yang baru dikenali serta tiga lelaki lain di sebuah rumah di Kampung Gong Pauh, Chukai di sini, awal Julai lalu. Mangsa berusia 14 tahun dikatakan baru berkenalan dengan suspek berusia 22 tahun sebelum mengatur temu janji.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, pada mulanya mangsa tidak membuat laporan polis kerana bimbang keselamatannya.

Mangsa akhirnya membuat laporan selepas dirogol buat kali kedua pada 4 Ogos lalu. mangsa enggan mangsa keluar bersama teman lelakinya kira-kira jam 3.30 petang sebelum dibawa ke sebuah rumah.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun terkejut apabila terdapat tiga lelaki lain sebelum dirogol bergilir-gilir.
Wan Abd Aziz berkata, mangsa dihantar pulang malam hari sama oleh suspek. Suspek kemudian cuba untuk menyentuh mangsa namun mangsa merayu supaya dihantar pulang ke rumah. Mangsa cuba menjerit tetapi suspek bertindak menutup mulut mangsa sebelum merogol remaja itu,” katanya.




Wan Abd Aziz berkata, mangsa kemudian dirogol bergilir-gilir oleh tiga lagi rakan kepada teman lelakinya itu.

Katanya, suspek tanpa rasa bersalah kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam hari sama.

Pada mulanya mangsa tidak membuat sebarang laporan polis kerana bimbang keselamatannya. Namun mangsa akhirnya datang ke balai polis untuk membuat laporan selepas dirogol buat kali kedua pada 4 Ogos lalu.

Susulan laporan itu, polis menahan suspek yang kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad depan.
Selain itu polis turut memburu tiga lagi rakan suspek yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian ini,” katanya.

Friday, July 11, 2014

Mengapa Wanita Memang Kuat Tidur ?





Otak lakukan banyak tugas pada siang hari ambil masa pulih 

New York: Siapa memerlukan lebih banyak tidur, wanita atau lelaki? 



Saintis Universiti Duke di North Carolina, mendapati wanita kurang tidur sering mengalami kemurungan dan kerap marah. 

Sebaliknya, isu itu tidak menjejaskan lelaki yang tidak mendapat cukup tidur, menurut Science World Report. 

Risiko penyakit jantung 

Kajian sebelumnya turut mengaitkan faktor kurang tidur kepada risiko penyakit jantung, masalah sakit mental, strok dan radang dalam tubuh. 
Dr Michael Breus, seorang pakar tidur, percaya sesetengah wanita yang kurang tidur mendapat radang teruk dalam tubuh mereka sehingga mereka mengalami sakit fizikal ketika bangun tidur. 

Dr Breus berkata wanita boleh mengelak sesetengah masalah dikaitkan dengan kurang tidur dengan tidur sekejap pada waktu siang. 

Bagaimanapun, katanya tidur sekejap ini tidak seharusnya lebih lama daripada 90 minit kerana ia boleh meningkatkan masalah mengantuk. 

“Satu daripada fungsi utama tidur ialah membenarkan otak pulih dan membaikinya sendiri,” kata Prof Jim Horne, pengarah Pusat Penyelidikan Tidur di Universiti Loughborough. 

“Ketika tidur nyenyak, korteks, bahagian otak yang bertanggungjawab untuk berfikir, memori, bahasa dan seterusnya, memisahkan dirinya daripada deria dan masuk ke dalam bahagian pemulihan. 

“Lebih banyak otak anda digunakan pada siang hari, lebih banyak ia perlu untuk pulih dan lebih banyak tidur anda perlukan,” katanya. 

Beliau menambah wanita memerlukan tidur lebih kerana menggunakan lebih banyak otak berbanding lelaki kerana melakukan pelbagai tugas. - sumber