KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Perkhidmatan monorail di bandar raya ini tergendala selepas satu daripada tayar getah sebuah trennya yang dalam perjalanan ke Stesen Titiwangsa, meletup berhampiran Stesen Monorail KL Chow Kit.
Pengurus Kanan Komunikasi dan Hal Ehwal Media Syarikat Prasarana Negara Berhad Berhad (Prasarana) Azhar Ghazali berkata tindakan pantas pemandu tren berkenaan berjaya memastikan keselamatan penumpang.
"Pemandu berkenaan, Rizalman Rosli, 37, berjaya memberhentikan tren dengan selamat apabila tayarnya meletup pada 6.30 petang. Sebuah tren dihantar untuk menarik tren yang terkandas itu ke stesen terdekat.
"Selepas itu, sebuah tren penyelamat dihantar dan sampai di tempat kejadian pada 7.15 malam untuk memindahkan penumpang," katanya dalam kenyataan. Ketua Pegawai Operasi KL Monorail Abdul Hadi Amran berkata urusan pemindahan penumpang selesai menjelang 7.24 malam dan kesemua 200 penumpang selamat, manakala alat penyaman udara tren terbabit berfungsi sepanjang urusan pemindahan penumpang dijalankan.
Katanya pasukan penyelamat KL Monorail menjalankan kerja pemindahan penumpang itu dengan bantuan Jabatan Bomda dan Penyelamat.
"Kami sediakan perkhidmatan alternatif di stesen kami sehingga perkhidmatan monorail disambung semula," katanya.
Sementara itu, pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Drahman dalam kenyatan melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama berkata 29 anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba Hang Tuah, Setapak, Titiwangsa dan Sentul terlibat dalam operasi menyelamat itu.
Katanya mereka membantu memindahkan 164 penumpang iaitu 103 wanita, 60 lelaki dan seorang kanak-kanak.

24 Jan - Ramai wanita di luar sana idamkan kulit muka yang cantik, lincin dan tidak ketingalan juga yang inginkan kulit muka yang putih bersih. Terlalu banyak produk kecantikan di luar sana yang menawarkan krim pemutih yang menjanjikan keberkesanan yang cepat dan segera. Ini telah membuatkan ramai wanita sangat teruja dan ingin mencubanya tanpa berfikir panjang dan tidak meneliti kandungan yang terdapat dalam krim pemutih tersebut.
Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, krim pemutih muka mengandungi dua peratus dan lima peratusan hidrokuinon yang boleh mengakibatkan kulit wajah rosak. Krim yang mengandungi hidrokuinon ini berfungsi dengan bertindak menghilangkan bintik-bintik hitam sekaligus mencerahkan wajah. Walaubagaimana pun, pemakaian krim pemutih berlebihan tetap mempunyai risiko yang boleh menyebabkan kesan iritasi dan kulit sedikit terbakar.
Apa yang lebih menakutkan dan lebih bahaya ialah jika krim pemutih yang digunakan mengandungi merkuri. Merkuri sememangnya menjadikan kulit wajah nampak putih dan mulus tetapi merkuri ini akan mendap di bawah lapisan kulit dan lama-kelamaan kulit menjadi kehitaman sehingga boleh menyebabkan kanser.
Kita perlu berhati-hati dengan produk kecantikan ini dan perlu mengetahui krim pemutih yang mengandungi merkuri. Jika bau krim pemutih itu agak kuat ia patut dielakkan, begitu juga krim yang berwarna putih dan kuning tetapi tidak semua mengandungi merkuri. Selain itu, ciri spesifik krim yang mengandungi merkuri ialah agak mengilat warnanya. Yang paling penting jangan mudah terpedaya dengan krim pemutih yang berkesan dalam waktu yang singkat. Jika kita memakai krim pemutih yang mngandungi merkuri ini kulit wajah kita lebih sensitif pada sinar matahari serta kulit terasa pedih dan kemerahan di awal pemakaian.
Jika anda sayangkan kulit wajah anda, ingat sentiasa berhati-hati dalam memilih apa jua produk kecantikan terutama krim pemutih yang mengandungi merkuri yang amat merbahaya.
22 Jan – Aktres drama "Miss Octopus", Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta enggan memberi kenyataan lanjut selepas Zain Saidin menyatakan hasrat untuk mengahwininya tahun ini.
"Itu kenyataan daripada Zain, saya tak nak komen apa-apa kerana bimbang apa yang saya katakan nanti akan buat dia kecil hati. Saya jadi serba salah dan pada masa yang sama kasihankan Zain," jelas Che Ta seperti dipetik dari Harian Metro.
Sebelum ini, peneraju utama drama "Oh My English" ini memberitahu sedia menamatkan zaman bujangnya penghujung tahun ini bersama Che Ta jika rezeki dan jodoh berpihak kepada mereka.
Walaubagaimanapun aktres kelahiran Alor Star, Kedah ini memberitahu, mengikut pemahamannya ia bukanlah dalam tempoh terdekat ini.
"Jawapan Zain itu diputar belit, membuatkan saya jadi pening kepala. Hubungan kami memang rapat dan dia seoranglah saya sedang berkawan sekarang, tetapi saya belum bersedia untuk berkahwin lagi.
"Sudah 10 tahun saya hidup solo dan terbiasa hidup sendiri. Anak-anak pun sudah besar. Saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. Saya bimbang bila berkahwin nanti, saya tidak dapat memikul tanggungjawab dan tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kepada rumah tangga.
"Zain memang menunggu detik itu, tetapi saya pula 50 - 50, ada pun tak apa, tak ada pun tak apa. Sebab itu apabila orang soal tentang nikah kahwin ini, saya hanya tersenyum sahaja," ujarnya.
Che Ta, 42, dan Zain, 29, dikatakan mula rapat selepas membintangi drama "Anissa" sebelum ini.
Terdahulu ibu tunggal kepada dua orang anak lelaki ini pernah dikaitkan dengan juara "Akademi Fantasia" musim kelapan, Shahir, aktor Beego dan beberapa orang ahli perniagaan.
Dikatakan bahawa Ummul Mu’minin Saidatina Khadijah r.a. berumur 40 tahun ketika beliau berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ia adalah suatu riwayat yang yang tidak berasas tetapi telah disebarkan sebegitu rupa dan digarap seolah-olah sebahagian daripada ugama. Ini adalah percubaan untuk membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama-sama dengan seorang wanita tua. Dalam usia lanjut , beliau r.a telah melahirkan empat orang anak perempuan iaitu Zainab, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah r.a.; dan tiga orang anak lelaki yang dinamakan Qasim, Tayyab and Tahir. Menurut sesetengahnya pula, beliau r.a. telah melahirkan empat orang anak lelaki; ada seorang yang bernama Abdullah, sedangkan setengah yang lainnya pula menyatakan bahawa yang sebenarnya Abdullah telah dipanggil sebagai Tayyab dan Tahir.
Saidatina Khadijah r.a. telah berkahwin sebanyak dua kali sebelum berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Perkahwinan pertamanya adalah dengan Abu Halah Hind bin Banash bin Zararah. Daripadanya, beliau telah mendapat seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Nama anak lelakinya ialah Hind dan anak perempuannya bernama Halah. Setelah kematian Abu Halah, Khadijah r.a. berkahwin dengan Atiq bin ‘Aid Makhzumi. Daripadanya dia mendapat seorang anak perempuan yang juga bernama Hind. Inilah sebabnya mengapa Saidatina Khadijah r.a. mendapat kunniyah sebagai Ummu Hind. Anak lelaki Saidatina Khadijah, Hind, telah memeluk Islam. (Seerat-un-Nabi , Jilid II, m/s 402).
Di sini, timbul satu persoalan, iaitu Saidatina Khadijah r.a. telah melahirkan empat orang anak sahaja di usia mudanya, namun semasa usia tuanya beliau telah melahirkan tujuh atau lapan orang anak, yang mana ia agak bertentangan dengan logik akal. Sebabnya, menurut Sains Perubatan, seorang wanita menjadi tidak subur untuk melahirkan anak, biasanya apabila melewati usia 45 tahun. Bagaimana pula boleh dipercayai bahawa lapan orang anak telah dilahirkan setelah melepasi usia 40 tahun?
Pihak Orientalis dan musuh-musuh Islam telah memberi perhatian khusus terhadap riwayat ini, kerana peristiwa ini jelas bertentangan dengan akal. Dengan mendedahkan peristiwa seperti ini, mereka mengambil kesempatan untuk mencemuh Islam.
Namun begitu, ulama kita sebaliknya menganggap kejadian ini sebagai ‘satu mukjizat’ Rasulullah s.a.w. Tambahan lagi mereka menganggap inilah keistimewaan nabi s.a.w. kerana sanggup mengahwini wanita yang tua sedangkan baginda s.a.w. sendiri muda belia.
Di pihak yang lain golongan Shiah mendakwa adalah tidak mungkin melahirkan sebegitu ramai anak di usia tua. Oleh itu, Zainab, Ruqayyah dan Ummu Kalthum tidak diiktiraf sebagai anak nabi s.a.w.
Golongan Shiah mengatakan bahawa umur Khadijah r.a. ialah 40 tahun semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Meskipun mereka amat mahir bermain dengan angka, mereka telah melakukan kesilapan bodoh bila mendakwa bahawa Fatimah r.a. dilahirkan lima tahun selepas kenabian. Dalam hal ini, Khadijah sudah berumur 60 tahun semasa melahirkan Fatimah r.a.. Dengan ini tidak mungkin Ruqayyah dan Kalthum adalah anak kepada Khadijah kerana mereka adalah lebih muda dari Fatimah.
Kita akan membuktikan bahawa empat orang anak perempuan ini adalah dilahirkan oleh Saidatina Khadijah r.a. dari Rasulullah s.a.w. Tetapi sebelum itu orang Shiah perlu membuktikan bahawa seorang wanita yang berusia 60 tahun boleh melahirkan anak. Dan apabila mereka membuktikannya, mereka mesti juga membuktikan bahawa Fatimah r.a. adalah anak kepada Khadijah r.a.
Sebenarnya terdapat perbezaan pendapat tentang usia sebenar Khadijah r.a bila berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. Ada yang berkata umurnya 40 tahun . Ada yang berpendapat usianya 35 tahun. Yang lain pula mengatakan 30 tahun , dan sesetengah pula mengatakan 27 tahun, manakala ada pula yang menyatakan bahawa usianya 25 tahun. Ahli-ahli sejarah Shiah sependapat mengatakan umurnya 40 tahun, dan mereka menolak pendapat lain. Dan mereka riuh rendah menyebarkan pendapat ‘40 tahun’ ini seolah-olah pandangan lain tidak pernah wujud. Ulama kita dan ahli-ahli sejarah yang terkemudian juga terpengaruh dengan daayah ini dan menyangkakan bahawa pendapat golongan Shiah inilah yang ‘tepat’.
Hafiz Ibn Kathir menulis:
“Baihaqi telah memetik daripada Hakim iaitu apabila Rasulullah mengahwini Khadijah r.a., baginda s.a.w. adalah berumur dua puluh lima tahun dan Saidatina Khadijah r.a. berumur tiga puluh lima tahun, dan ada pendapat lain mengatakan usianya dua puluh lima tahun.” (al-Bidayah, Jilid II, m/s 295)
Dengan lain perkataan, Baihaqi dan Hakim menyatakan bahawa Saidatina Khadijah r.a. berusia tiga puluh lima tahun pada waktu itu. Bersama-sama dengan itu, mereka juga turut mengatakan bahawa ada pendapat bahawa beliau r.a. berusia dua puluh lima tahun.
Di tempat lain , Hafiz Ibn Kathir mengatakan usia Saidatina Khadijah r.a. pada masa kewafatannya, sebagaimana berikut: “Usia Saidatina Khadijah mencapai 65 tahun. Satu pendapat mengatakan beliau meninggal pada usia 50 tahun. Dan pendapat ini (iaitu 50 tahun) adalah yang benar.” (al-Bidayah wan Nihayah, Jilid II, m/s 294)
Ulama Hadis dan ahli sejarah bersetuju bahawa Saidatina Khadijah r.a. menjalani hidup sebagai isteri Rasulullah s.a.w. selama 25 tahun dan beliau r.a. meninggal dunia pada tahun ke-10 Kerasulan. Hafiz Ibn Kathir berkata; ‘pendapat yang benar adalah usianya mencecah 50 tahun’ telah membuktikan bahawa usia Saidatina Khadijah pada masa perkahwinannya ialah 25 tahun. Dan juga, Hafiz Ibn Kathir juga telah membuktikan bahawa ‘maklumat’ yang diterima pada hari ini (iaitu umur Khadijah r.a. 40 semasa berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. ) adalah salah dan tidak benar sama sekali..
Meskipun dengan fakta yang sebegini jelas, kita masih mempercayai (dan terperangkap) dalam berita yang lebih merupakan khabar angin semata-mata.
Apabila kami mengkaji ‘Al-Bidayah wan-Nihayah’ yang ditulis oleh Ibn Kathir, barulah kami menyedari akan kesilapan kami. Semoga Allah yang Maha Kuasa mengampuni kami, kerana kami adalah mangsa kepada suatu salah faham yang besar. Moga Allah yang Berkuasa mengurniakan kepada kita semua kefahaman akan Kebenaran.
Aamin! Ya Rabbal Aalamin
****
Pendapat Siti Khadijah berumur 40 adalah berasal daripada Sirah Ibnu Hisyam. Dan kita dan "ustad-ustad kita" mengambil pakai fakta itu tanpa menyemak, begitulah kita diajar sejak zaman persekolahan lagi.Namun, di peringkat sekolah kita tidak diberitahu "secara jujur" oleh buku atau sistem pendidikan tersebut bahawa terdapat pelbagai pendapat tentang umur Siti Khatijah r.a. Ada yang berpendapat bahawa beliau berusia 35, 27 dan 25 semasa mengahwini Nabi r.a.. Perkara ini tidak pernah diketengahkan untuk memberi kita pilihan untuk menilai semula fakta sejarah.
Pendapat yang paling sahih adalah dari Ibnu Katsir, seorang tokoh sejarah Islam yang besar, bahwa beliau Siti Khadtijah r.a. wafat pada usia 50. Dan memandangkan semua ahli sejarah, ahli hadith, ahli fekah bersependapat beliau hidup bersama nabi selama 25 tahun.
Jadi, 50 - 25 = 25, Beliau berusia 25 semasa mengahwini Nabi s.a.w, bukannya 40 tahun seperti dakwaan Rosnah Mat Aris.
Kesimpulannya, ada hikmahnya Rosnah Mat Aris terlepas cakap, jika tidak, isu ini mungkin tidak timbul. Kedua, wanita yang dah berumur lepas ni jangan guna alasan Siti Khadtijah r.a. untuk bercinta dengan lelaki yang lebih muda, perkara itu tidak pernah berlaku.
21 Jan – Selepas meluahkan perasaan cintanya terhadap aktres cantik Rozita Che Wan melalui akaun Instagram miliknya, Zain Saidin kini berharap dapat mengakhiri zaman bujangnya tahun ini.
Dipetik dari sebuah laman sesawang hiburan tempatan, Zain ketika ditemui memberitahu sekiranya dimurahkan rezeki dan ada jodoh, mereka berdua akan melangsungkan perkahwinan mereka sekitar tahun ini.
"Che Ta (Rozita) tidak meletak sebarang tempoh kepada saya. Namun sudah tentu saya perlukan masa untuk membuat persiapan. Sebagai seorang lelaki, saya perlu ada sejumlah wang untuk perbelanjaan perkahwinan. Sebab itu saya katakan, jika ada rezeki, kami bakal berkahwin pada tahun ini,
"Hubungan kami memang serius. Jika ada terdengar gossip mengenai Che Ta berpasangan dengan lelaki lain, itu tidak benar kerana kami bersama ketika ini," ujar Zain tegas.
Zain turut mempertahankan tindakannya yang meluah kata-kata cinta kepada aktres berusia 41 tahun itu yang dianggap sebagai mencari publisiti murahan.
"Saya tak kisah apa yang orang hendak kata. Saya berbuat demikian kerana tidak mahu orang mengawal pergerakan atau tindakan saya. Jika tidak berterus-terang, orang akan tetap bercakap. Lebih baik saya akui. Sama ada orang boleh terima atau tidak, itu terpulang kepada mereka. Saya tidak boleh puaskan hati semua orang," jelasnya lagi.
Ditanya jika hubungan mereka mendapat tentangan dua anak lelaki Che Ta daripada perkahwinan terdahulu, Zain menidakkan perkara tersebut.
"Hubungan saya dan anak-anak Che Ta tidak ada masalah. Kami baik sahaja, lebih-lebih lagi dengan anak keduanya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu bola sepak. Tidak sukar untuk mendekati mereka kerana mereka peramah seperti ibu mereka."