Sunday, December 8, 2013
20 Fakta Yang Anda Tidak Tahu !
7:57 AM beritakita
1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.
2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.
3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.
5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.
6. Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan
7. Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 Km
8. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
9. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.
10. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
11. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
12. Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
13. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
14. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
15. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.
16. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu
17. Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
20. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
p/s: Siapa perasan yang nombor 18, 19 dah takda ?
Wednesday, December 4, 2013
Banjir Melanda Pantai Timur
5:18 AM beritakita
KOTA BHARU - Penduduk Kelantan terutama yang tinggal berhampiran beberapa sungai utama di negeri ini dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk berpindah berikutan paras air sungai kini melepasi bahaya.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman berkata dua batang sungai yang telah melepasi bacaan paras bahaya sehingga jam 11 pagi ini adalah Sungai Lebir dan Sungai Kelantan.
"Bacaan di Tualang, Sungai Lebir kini 35.34 meter melepasi bahaya 35 meter dan dua tempat bacaan di Sungai Kelantan iaitu di Jambatan Guillemard mencatat bacaan 16.14 meter (bahaya 16 meter) dan Tangga Krai 25.22 meter (bahaya 25 meter).
"Kita ingin menasihati penduduk yang tinggal di tebing sungai, agar mula mengambil langkah bersiap sedia jika diarahkan berpindah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Selain itu, Sungai Galas dan Sungai Golok di Rantau Panjang pula melepasi paras amaran iaitu bacaan di Dabong, Sungai Galas kini 35.98 meter (amaran 35 meter) dan Sungai Golok itu 8.61 meter (amaran 8 meter).
Azmi berkata penduduk juga perlu akur untuk berpindah sekiranya arahan dikeluarkan untuk berbuat demikian demi keselamatan mereka.
"Kita tidak mahu berlaku seperti tahun sebelum ini kerana ada yang enggan berpindah kerana ini akan menyukarkan kerja-kerja menyelamat termasuk memberikan bantuan makanan jika keadaan semakin buruk," katanya.
Beliau juga meminta ibu bapa supaya turut memantau pergerakan anak-anak pada musim banjir bagi mengelakkan musibah dan tidak menjadikan keadaan itu sebagai pesta banjir.
Katanya jabatan itu kini sudah bersiap sedia memastikan usaha menyelamat dapat dilakukan dengan sempurna seperti menyediakan kenderaan utiliti, anggota unit Scuba dan menggerakkan anggota sukarela jabatan itu.
Keadaan cuaca di Kelantan kini mendung kecuali di pedalaman yang kini dilaporkan hujan.
Subscribe to:
Posts (Atom)