Powered by Blogger.

Tuesday, April 29, 2014

Abang Durjana Rogol Adik Sendiri .


Alor Gajah: Dua beradik layak digelar ‘abang durjana’ apabila dipercayai sanggup merogol adik kandungnya secara bergilir-gilir sejak 10 tahun lalu dan kejadian terbaru pada Ahad lalu.

Tindakan terkutuk kedua-dua lelaki awal 20-an itu terbongkar selepas gadis 19 tahun berkenaan, nekad melarikan diri dari rumah mereka di sebuah taman perumahan di daerah ini.

Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, mangsa bertindak keluar dari rumah sebelum mendapatkan bantuan jiran untuk membuat laporan di Balai Polis Alor Gajah, jam 12 tengah malam pada hari sama.

Sumber berkata, mangsa yang tidak bekerja itu dipercayai dirogol kedua-dua abangnya secara bergilir ketika berusia sembilan tahun ketika ibu bapa mereka tiada di rumah.

“Sepanjang tempoh itu mangsa tidak menceritakan tragedi hitam hidupnya kepada sesiapa kerana diugut akan dipukul jika perbuatan dua abangnya itu terbongkar,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Menurutnya, dipercayai perbuatan jijik yang berterusan sejak pertengahan 2005 itu turut mengakibatkan mangsa beberapa kali mengandung dan mengalami keguguran tanpa pengetahuan ibu dan bapanya.

“Bimbang dengan ugutan lelaki itu, mangsa hanya mendiamkan diri setiap kali dirogol secara bergilir-gilir oleh lelaki berkenaan.

“Tidak tahan melihat wajah dua abangnya itu dan mengelak daripada dijadikan hamba seks, mangsa bertindak keluar dari rumah setiap kali lelaki berkenaan berada di rumah terbabit,” katanya.

Sumber berkata, bimbang rahsia yang disimpan sekian lama terbongkar, kedua-dua lelaki itu mengekori setiap pergerakan mangsa sama ada di dalam mahupun di luar rumah.

“Namun, pada tengah malam Ahad lalu, kedua-dua lelaki itu dipercayai masuk ke bilik adiknya sebelum menanggalkan pakaian mangsa dan merogolnya secara bergilir beberapa kali.

“Tidak tahan dengan sikap buas dua abangnya dan trauma dengan kejadian berkenaan, mangsa bertindak nekad lari dari rumah kelmarin sebelum dibantu jiran membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Mohamad Laham mengesahkan mengenai laporan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan kerana merogol.

Didakwa Bersekedudukan Dengan Emma Maembong: Zizan Bingung


Pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak melahirkan rasa hairan bagaimana boleh timbulnya dakwaan dia dikatakan bersekedudukan dengan pelakon cantik, Emma Maembong.
Bercakap kepada portal Gua.com.my, dia tidak tahu komen yang bagaimana harus diberikan.
“Saya tidak tahu macam mana cerita ini boleh timbul sedangkan gosip yang mendakwa saya bercumbu dengan Emma di atas kapal terbang masih baru lagi”
“Saya tidaklah terkilan, cuma saya enggan ambil tahu. Saya cuma tidak tahu macam mana mahu komen. Selepas ini saya mahu komen mengenai perihal kerjaya seni saya sahaja,” ujarnya.
Zizan berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai satu artikel gosip di portal murai.com. Dalam artikel tersebut menyiarkan e-mail peminat yang mendakwa ada seorang pengacara lelaki bersekedudukan dengan seorang artis wanita jelita.
Ekoran daripada laporan itu, ramai yang mula berandaian dan percaya pasangan terbabit adalah Zizan Razak & Emma Maembong.

Sunday, April 13, 2014

Lapan Tips Untuk Mudah Hamil


Ada juga kawan-kawan yang bertanya
“Bagaimana saya boleh mengandung?
Tak kurang yang menanyakan soalan seperti:
  • bilakah saat terbaik untuk melakukan hubungan seks?
  • berapa kali perlu dilakukan?
  • posisi dan cara?
  • kaedah terbaik semasa hubungan seks?
Untuk digelar sebagai ibu hamil, di sini ada beberapa tips senang hamil yang berguna.

1. Masa Terbaik Melakukan Hubungan Kelamain

Iaitu pada waktu wanita subur (masa pengeluaran telur @ ovulasi).Cuba dapatkan ovulation kit di farmasi.Alat ini boleh memberitahu bilakah masa kesuburan.Telur matang boleh hidup 24 jam ,sperma pula 48 hingga 72 jam dalam tubuh wanita. Oleh itu,lakukanlah hubungan seks sebelum saat ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Kelamain

Tiada bukti tepat yang dapat memastikan berapa kerap seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil.Namun yang mesti diingat ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”. Sebab,kalau anda buat seks banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, peluang untuk mengandung tetap tipis.

3. Capai Klimaks Bersama

Bila wanita klimaks, alkaline akan terbentuk pada vagina.Suami juga mesti bersamaan klimaksnya supaya sperma selamat sampai di servik rahim dengan mudah.

4.Suami Di atas

Untuk anda mudah hamil, suami harus berada diatas. Letakkan bantal kecil di bawah pinggul anda, supaya ianya dapat menampung sejumlah sperma selama 15 minit atau lebih selepas anda berdua mencapai klimaks bersama sama. Jangan guna bantal besar dan terlalu tinggi. Sebab sperma boleh terkumpul dibelakang rahim sahaja menjadikanya sukar untuk berenang dan bergabung degnan sel telur.
Posisi seksual yang perlu dielakkan pula adalah wanita di atas, duduk atau berdiri.

5. Kurangkan Gerakan

Cuba beri masa untuk sperma berenang.Dan jika mahu bersihkan vagina bersihkan dengan air biasa sahaja.

6. Untuk Suami

Pakai seluar dalam yang tidak ketat atau mandi air panas.

7. Relaks Tangani Stress:-

Suami isteri perlu sentiasa tenang dan tabah dalam menghadapi apa jua stress @ tekanan. Ini kerana stress atau tekanan terhadap sesuatu masalah ini mampu menurunkan keupayaan untuk hamil.

8. Jaga Kesihatan

Pastikan tubuh anda cukup nutrisi. Perlu diingatkan bahawa wanita yang sihat akan lebih mudah hamil daripada yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau kurang.
Untuk pengetahuan hanya 30% sahaja dari jumlah sperma akan sampai ke telur di dalam rahim
Rezeki mendapatkan anak adalah ketentuan dan anugerah Allah, jadi anda harus juga berdoa.
Jika topik ini berfaedah kepada anda,kongsikanlah dengan kawan kawan yang juga ingin hamil seperti anda.

Tuesday, April 8, 2014

Cara top up prepaid tunetalk


topup-toneexcel

Berikut saya berikan beberapa jenis kaedah yang boleh anda gunakan untuk top up prepaid Tune talk anda.

cara topup prepaid tunetalk
1. Boleh beli top up tunetalk di mana-m
ana kedai runcit, 7 eleven. Hanya katakan bahawa anda ingin beli topup tunetalk bernilai RM5, RM10, RM20, RM30, atau RM50. Anda akan menerima resit yang mengandungi nombor pin utuk dimasukkan. Hanya ikuti arahan yang disediakan bersama-sama resit tersebut.

Boleh guna cara dail *122*<16 digits PIN>

2. Anda juga boleh topup prepaid tunetalk secara terus ke handphone anda. Ini boleh dilakukan melalui pembelian secara autoreload . Dimana anda perlu memberikan nombor telefon anda kepada pihak penjual. Saya biasa menggunakan cara ini semasa membuat pembelian topup secara online melalui Maybank2u, CIMB, dll. Lebih mudah dan pantas.

Jika minat nak buat duit dengan bisnes prepaid tunetalk  dimana tiap kali anda dan rakan anda topup prepaid tunetalk, anda akan dibayar komisen, boleh daftar free disini dulu. 

Monday, April 7, 2014

Takdir dan Jodoh


Ramai orang keliru apakah dia takdir dan apakah dia jodoh. Ramai juga yang berfikir jodoh kita telah ditentukan sejak azali lagi. "Jadi kalau ada jodoh adalah, kalau takda jodoh takdalah. Itu semua ketentuan Tuhan dalam takdirnya". Ada betul juga pernyataan ini. Jadi, jika semuanya telah ditentukan. Apa perlunya kita berusaha? Duduk rumah boleh dapat jodoh bukan?

Mari kita kupas, apakah maksud takdir terlebih dahulu. Takdir adalah berasal daripada perkataan kadar. Takdir adalah satu perkadaran yang ditentukan. Contohnya, perjalanan planet-planet adalah mengikut laluan yang ditentukan. Keseluruhan isi alam ini bergerak mengikut perkadaran yang telah ditentukan. Jika alam ini melanggar perkadarannya sendiri, maka kucar kacirlah alam ini. Setiap benda yang bergerak di dalam alam ini termasuk manusia dan haiwan adalah mengikut perkadarannya sendiri. Apakah itu jodoh? Jodoh adalah keserasian. Jika sesuatu pasangan itu serasi, maka kekal lah jodoh itu, jika tidak serasi, maka jodoh itu tidak akan berkekalan. Apakah yang menyebabkan berlakunya keserasian itu? Sudah tentu perkadaran manusia itu sendiri. Setiap manusia telah ditetapkan perjalanan hidup mereka sendiri.

Dalam perjalanan hidup inilah manusia akan bertemu dengan jodoh mereka. Dan jika jodoh mereka ini mempunyai perkadaran yang sama maka berlakulah keserasian. Bagaimana pula dengan kahwin paksa atau pun jodoh yang dirancang? Kita ibaratkan kahwin paksa ini sebagai memasukkan belon ke dalam air di dalam sebuah baldi, dan kita tutup baldi itu dengan penutup. Jika penutup itu kuat, maka belon itu akan kekal di dalam air.

 Tetapi, jika tenaga belon itu lebih kuat, maka belon itu akan terkeluar daripada air tersebut. Ini bergantung kepada faktor luaran juga, dimana ada unsur lain yang membantu belon itu terkeluar dari baldi air. Daripada analogi ini kita simpulkan bahawa, takdir belon itu sebenarnya terapung di atas air, kerana sifatnya yang tidak boleh bercampur dengan air. Walaubagaimanapun ada unsur luaran yang boleh mengubah takdir belon tersebut untuk tenggelam di dalam air. Inilah yang dikatakan perkahwinan dari luar nampak bahagia, tapi pada hakikatnya menderita.

 Walaubagaimanapun, kita tidak boleh samakan manusia dengan belon, manusia boleh berubah. Ingat lagi teori evolusi? Teori ini kelihatan melanggar akidah agama tertentu, tapi jika dikaji terlebih mendalam, manusia zaman prasejarah memang tidak sama dengan manusia zaman kini. Genetik manusia telah berubah mengikut kesesuaian zaman.

Manusia zaman kini lebih bijak dan lebih tabah jika dibandingkan zaman dahulu yang penuh dengan peperangan dan permusuhan. Tetapi, ini bergantung kepada manusia itu sendiri jika ia mahu berubah atau tidak. Jika, ia menerima hakikat bahawa pasangannya yang dipaksa kahwin itu sebagai jodohnya, dan ia redha dengan ketentuan itu, maka ia akan bahagia. Inilah kelebihan manusia, mereka ada kuasa memilih iaitu akal. Berbeza sangat dengan makhluk lain yang hanya mengikut sahaja perkadaran yang telah ditentukan.

Wednesday, April 2, 2014

Makanan Sihat Untuk Ibu Hamil Muda




Saat awal-awal kehamilan bagi ibu tentunya janganlah alpa dalam memilih makanan, kerena akan berpengaruh pada janin, dan untuk itu ada beberapa makanan sehat untuk ibu hamil muda yang perlu diperhatikan untuk menjaga kesehatan ibu dan juga janin.

Makanan sihat sangat diperlukan ibu hamil terutama pada masa awal kehamilan yang rentan mengalami keguguran. Jadi kondisi fizikal dan batin harus dijaga dengan baik agar tidak berpengaruh pada kesihatan kandungan. Umumnya masa hamil muda sering terasa mual dan muntah, dan lebih diperburuk lagi apabila kurang makan yang mengakibatkan perut kosong. Keadaan seprti ini dapat dihindari dengan sering makan namun dalam kuantiti yang ringan.

Meskipun ibu hamil merasakan mual yang berpanjangan, usahakan tetap makan makanan yang sehat dan bergizi karena gizi makanan sangatlah berpengaruh pada perkembangan janin ditubuh ibu. Makanan yang sehat dan bergizi sangat penting bagi ibu hamil, karena makanan tersebut berfungsi bagi ibu hamil untuk memperbaiki mutu dan jumlah air susu dan menjaga stabilitas tekanan darah serta pertumbuhan plasenta.

Berikut gizi yang wajib tersedia pada menu makanan sehat untuk ibu hamil muda, yaitu;Makanan Sehat untuk ibu Hamil

Karbohidrat
Karbohidrat terdiri dari makanan seperti nasi, ubi, ketela, jagung, gandum, dan kentang. Yang mana makanan mengandung karbohidrat ini berfungsi untuk tumbuh kembang janin agar dapat mencapai minimal 2,5 kg.

Protein
Ketika sedang dalam masa hamil hendaknya ibu mendapatkan protein yang diperoleh dari kedelai, telur, daging, dan jenis kacang-kacangan. Karena pertumbuhan janin di dalam perut sangat memerlukankan protein.

Vitamin
Bagi ibu hamil hendaknya mengkonsumsi jenis makanan seperti buah, daging, susu, ikan, kacang-kacangan, telur, sayur-sayuran, dan yoghurt. Dimana pada makanan tersebut terdapat berbagai jenis vitamin yang diperlukan seperti vitamin B1, B2, B6, B12, D dan asam folat. Yang mana masing-masing vitamin tersebut mempunya fungsi sebagai sumber tenaga, mengatur pemanfaatan protein dalam tubuh, penyerap kalsium serta pembentukan sel darah.

Zat Besi
Selin tiu pula zat besi sangatlah diperlukan bagi ibu hamil, dimana kandungan zat besi dapat diperolah dari makanan seperti sayuran, hati, dan daging. Dimana zat besi inu juga diperlukan oleh plasenta. Bayi mendapatkan oksigen dan gizi dari makanan yang dikonsumsi sang ibu melalui plasenta. Jadi kesehatan plasenta sanagtlah penting bagi pertumbuhan bayi.

Air Putih
Air putih juga merupakan bahagian terpenting untuk menjaga kesehatan. Pada dasarnya dalam kondisi normal kita biasanya memerlukan 8 gelas air perhari. Namun ketika masa hamil keperluan air akan lebih banyak. Karena ibu hamil lebih sering berkeringat dan buang air kecil. Jadi minumlah air putih dengan sering untuk membantu mengatasi dehidrasi saat masa hamil.

Makan sehat untuk ibu hamil mudaNah itulah beberapa makanan sehat untuk ibu hamil muda, semoga bermanfaat bagi ibu-ibu yang sedang menjalani masa kehamilan.

sumber

Tanda-tanda Keguguran



Gejala dan tanda keguguran termasuk:

  • Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
  • Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
  • Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
    Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

  • Usia terutama 35 tahun keatas
  • Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
  • Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
  • Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
  • Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
  • Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
  • Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
  • Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
  • Pernah hamil dengan anak cacat
  • Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
  • Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
  • Usia suami lebih dari 40 tahun
Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:
  • Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
  • Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
  • Gigitan ular
  • Meminum cafin secara berlebihan
  • Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling
Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:
  • Terdedah kepada Komputer monitor
  • Hubu

Pelega Kesakitan Ketika Bersalin .


Mungkin susah untuk anda mengetahui apakah jenis pelega kesakitan yang harus dipilih sebelum bersalin, kerana anda tidak tahu kesakitan yang bakal anda hadapi. Satu-satunya perkara yang anda patut baca adalah tentang jenis-jenis pelega kesakitan yang berbeza supaya anda akan mengetahui pilihan anda apabila masanya tiba.



Penerangan ringkas yang paling lazim tentang pelega kesakitan adalah seperti di bawah. Bercakaplah dengan pegawai penjaga materniti (LMC) sekiranya anda perlukan maklumat lanjut tentang kebaikan dan keburukan pelega kesakitan.  

Pelega kesakitan bebas dadah Ã¢€¢ Urutan : terutamanya pada belakang, di bahagian bawah amat melegakan sewaktu bersalin. Inilah masanya untuk pasangan anda membantu! Urutan dapat menenangkan anda sepanjang waktu bersalin. • TENS (transcutaneous electrical nerve stimulation): Mesin ini membantu menghasilkan getaran yang membantu menstimulasikan saraf pada bahagian belakang anda melalui empat elektrod. Ia dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan kesakitan yang berkumpul sewaktu kontraksi. • Haba : pek berisi air suam / tungku dapat melegakan kesakitan sewaktu peringkat awal pengenduran. • Air suam : mengapungkan diri dalam air suam melegakan ketegangan dan menenangkan anda. • Aromaterapi dan bunga bach : penawar bunga Bach seperti penawar kecemasan lain yang diminum daripada gelas juga dapat membantu. Minyak aromaterapi yang menenangkan seperti lavender juga boleh digunakan, samada di dalam alat pembakar ataupun pada saputangan. • Akupunktur atau acupressure : Kajian baru-baru ini mendapati bahawa wanita yang menggunakan akupunktur kurang memohon penggunaan pelali dan mereka lebih tenang dalam menghadapi saat-saat kelahiran. Akupunktur tidak mempunyai kesan-kesan sampingan dan tidak akan menjejaskan kandungan.  

Pelega kesakitan dengan rawatan berunsurkan dadah/ubat-ubatanGas Nitrus Oksida : dikawal oleh wanita yang menjalani rawatan ini, dia akan bernafas dengan gas ini melalui alat pernafasan pada permulaan kontraksi. Gas ini tidak akan memberi kesan kepada bayi dan akan meninggalkan sistem pada badan ibunya sebaik sahaja ia memasuki badan. ̢ۢ Pethidine : diberikan melalui suntikan pada pungguung untuk kesan yang perlahan, atau disuntik pada pembuluh darah bagi kesan serta-merta. Pethidine melegakan kesakitan sewaktu kontraksi sebaik sahaja mula bersalin, dan ia membantu wanita bertenang dalam proses ini. Walau bagaimana pun, ubat ini akan menjangkaui plasenta dan doktor mengelakkan daripada memberi ubat ini dalam masa sejam sebelum bersalin kerana ia akan membuatkan bayi anda mengantuk dan tidak berupaya untuk menentukan pola bernafas. ̢ۢ Epidural : suntikan bius ini diberi pada bahagian bawah belakang, dan biasanya diberikan kepada wanita yang mengalami proses bersalin yang terlampau panjang dan tidak menunjukkan sebarang kemajuan. Suntikan ini dapat menyahkan kesakitan, jadi anda tidak akan merasakan sebarang kontraksi. Ia mengambil masa 20 minit untuk diberikan dan lebih kurang lagi 5-20 minit untuk mula berkesan. Secara umumnya, kesannya akan hilang dalam masa beberapa jam. Ubat bius ini tidak akan menjangkaui plasenta, dan tidak akan memberi kesan kepada bayi secara langsung.

sumber

Kaedah Kawalan Kehamilan


 

Kaedah kawalan kehamilan atau juga dikenali sebagai pencegahan kehamilan adalah bertujuan bagi membolehkan pasangan yang telah berkahwin untuk merancang sama ada mahu mempunyai anak atau pun tidak. Pencegahan kehamilan ini juga membolehkan pasangan tersebut memilih bilangan anak dan waktu yang sesuai untuk mempunyai anak.

Kaedah Kawalan Kehamilan


Terdapat pelbagai jenis kaedah kawalan kehamilan yang boleh digunakan. Tetapi ini juga bergantung kepada kepercayaan agama, latar belakang sosial dan juga pilihan pasangan tersebut. Kaedah yang dicadangkan juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Terdapat 6 kaedah kawalan kehamilan yang boleh digunakan.

1) Kaedah Semula jadi
Kaedah beritma atau kaedah masa selamat
Fungsi : mengelakkan persetubuhan berlaku semasa fasa subur dalam kitar haid


2) Kaedah Penghalang
Kondom
Fungsi : Getah nipis yang menghalang sperma daripada memasuki faraj

Kaedah Kawalan Kehamilan Kondom


Diafragma
Fungsi : Bulatan berbentuk spring yang dipasang pada pintu masuk uterus. Sperma dihalang daripada memasuki serviks.

Kaedah Kawalan Kehamilan diafragma



 





3) Kaedah Mekanikal
Alat Kontraseptif dalam Rahim (IUCD)
Fungsi : Menghalang penempelan embrio pada dinding uterus

Kaedah Kawalan Kehamilan IUCD


4) Kaedah Hormon
Pil Cegah Kehamilan
Fungsi : Mengandungi hormon seks perempuan yang menghalang berlakunya pengovulan

Kaedah Kawalan Kehamilan Pil cegah kehamilan


5) Kaedah Kimia
Spermisid
Fungsi : Bahan kimia dalam bentuk jel, pil, buih, krim yang membunuh sperma

Kaedah Kawalan Kehamilan spermisid


6) Kaedah Pembedahan
Vasektomi
Fungsi : pembedahan kecil pada duktus sperma yang dipotong dan diikat. Sperma dari testis tidak dapat sampai ke zakar

Kaedah Kawalan Kehamilan vasektomi


Ligasi 
Fungsi : Pembedahan kecil pada tiub falopio yang dipotong dan diikat. Sperma tidak dapat disenyawakan dengan ovum.

Kaedah Kawalan Kehamilan ligasi


Perlu diketahui juga kaedah pencegahan kehamilan ini ada yang bersifat sementara dan ada juga yang bersifat kekal.

Kaedah pencegahan kehamilan sementara ialah kaedah yang membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja mereka berhenti menggunakan kaedah-kaedah tersebut.

Kaedah pencegahan kehamilan kekal ialah kaedah yang TIDAK membenarkan pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja mereka menggunakan kaedah ini.

cikguhailmi