Powered by Blogger.

Saturday, October 20, 2012

Kembar siam terus cekal


Nur Badrishah dan Nur Bahiyah (kanan) di kediaman mereka di Kampung Semadong ketika bersiap untuk ke sekolah. 
 
Nur Badrishah dan Nur Bahiyah (kanan) di kediaman mereka di Kampung Semadong ketika bersiap untuk ke sekolah.
Ibu terkenang detik lahirkan anak 5 tahun lalu

Padang Besar: "Hari itu adalah hari ke-10 umat Islam berpuasa dan ketika itu saya berada di wad bersalin Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bertarung nyawa melahirkan sepasang bayi kembar siam.”

“Kini sudah lima tahun berlalu, bayi kembar saya yang dilahirkan dalam keadaan bersambung di bahagian abdomen sebelum berjaya dipisahkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2 Februari 2008, kini aktif meneruskan hidup seperti kanak-kanak lain,” kata Sopiah Daud, 35. 

 
Sopiah, berkata walaupun tidak sempurna seperti rakan sebaya, Nur Badrishah dan Nur Bahiyah Norhisham, 5, terus cekal walaupun terpaksa menggunakan plastik saluran najis di perut seumur hidup kerana tidak mampu membuang air besar seperti kanak-kanak normal.

Berat 14 dan 12 kilogram


Nur Badrishah yang mesra dipanggil Shasha dan Nur Bahiyah yang dipanggil Yaya, sedikit kurus dengan masing-masing hanya mempunyai berat badan sekitar 14 dan 12 kilogram.


Berbanding Shasha, pergerakan Yaya kelihatan sedikit sukar kerana kedudukan tulang belakangnya yang senget menyebabkan postur tubuhnya kelihatan tidak seimbang, malah doktor sebelum ini meramalkan peluang untuknya berjalan adalah 50 peratus.


“Tidak ada yang mengembirakan hati seorang ibu melihat anak-anak membesar sihat begitu juga perasaan saya apabila melihat mereka berdua berpimpin tangan ke sekolah. Seperti tidak percaya kerana doktor meramalkan peluang Yaya untuk berjalan tipis kerana keadaan tulang belakang dan tapak kakinya yang bengkok dan lembik ketika dilahirkan, ”katanya.

Wednesday, October 10, 2012

Sunday, October 7, 2012

Sophie wanita RoboCop



SOPHIE amat teruja apabila dapat meninggalkan kerusi roda dan  kembali berjalan dengan bantuan Rex untuk kali pertama.

SOPHIE amat teruja apabila dapat meninggalkan kerusi roda dan kembali berjalan dengan bantuan Rex untuk kali pertama.
LONDON: Sophie Morgan boleh dianggap seorang RoboCop apabila separuh daripada tubuhnya berfungsi dengan bantuan peralatan canggih bernilai �90,000 (RM443,747).
Bagi sesiapa yang melihat Sophie, pasti akan berasa kagum.

Dari pinggang ke bawah, setiap tubuhnya disokong alat bermotor diperbuat daripada gentian karbon. Sophie, 27, mengawal pergerakan mesin itu menggunakan alat pada tangannya bagi membolehkan kakinya berjalan. Pada tiga langkah terawal, Sophie kelihatan menahan sakit tetapi dia tersenyum lebar beberapa detik kemudian. Hanya lima minit sebelum itu, dia hanya mampu duduk di kerusi roda apabila pergerakannya jadi sangat terbatas akibat lumpuh dari paras dada ke bawah.
Sophie ditimpa bencana sembilan tahun lalu apabila kereta dinaikinya terbabit dalam kemalangan dan insiden itu merosakkan tulang belakangnya.

Selepas beberapa tahun, dia menerima kenyataan tidak akan berjalan lagi seperti sebelum ini. Namun, media semalam melaporkan, Sophie adalah antara manusia pertama mendapat faedah daripada alat dikenali sebagai Rex itu.

Rex adalah kemajuan perubatan besar pertama dicapai untuk membantu orang lumpuh sejak beberapa dekad lalu. Ia membantu pesakit termasuk yang lumpuh dari paras leher ke bawah - untuk kembali berjalan.
Dalam perkataan lain, Rex akan menamatkan penggantungan pesakit lumpuh kepada kerusi roda. Sophie - kini bertugas sebagai penyampai televisyen - mencuba Rex kali pertama pada Mei lalu.

Katanya, ia adalah pengalaman yang sukar diceritakan.
“Dengan ketinggian 1.5 meter, lantai kelihatan begitu jauh apabila memakai Rex.

“Saya berasa selamat tetapi emosi bercampur-baur dan selepas beberapa minit saya tidak percaya boleh berjalan,” katanya. Pengalaman itu menyebabkan dia terus mahu mencuba Rex secara berterusan. Teman lelaki Sophie, Tom, 28, berkata sejak berkenalan lima tahun lalu, Rex membolehkan dia melihat kekasihnya berdiri untuk kali pertama. Ketika ini ada hanya 10 unit Rex dicipta dan 30 orang pernah mencubanya. - DM

sumber - Metro

Petua Muka Awet Muda


Amalan yang boleh dilakukan untuk mengekalkan muka supaya kelihatan muda dan berseri;

  1.  Selepas bangun tidur, amalkan minum air suam segelas dan selawat sebanyak tiga kali. Amalkan setiap hari akan membantu muka anda berseri-seri dan kekal awet muda. 
  2. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di dagu. Pusing-pusingkan jari ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. akukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
  3. Gambir ditimbuk sehingga halus. Kemudian campurkan dengan perahan air limau kasturi. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Setelah itu, bilas dengan air. Lakukan setiap hari atau berselang-seli. Hasilnya kulit akan bertambah halus dan awet muda.
  4. Campurkan dua biji telur penyu mentah dengan air perahan dua biji limau kasturi, madu lebah pekat dan juga sebiji telur ayam kampung. Gaul hingga sebati. Sesudah itu, minum sehingga habis. Amalkan setiap pagi sebelum sarapan pagi.
  5. Pucuk gajus yang telah dibersihkan dimakan begitu sahaja sebagai ulam ketika makan nasi ataupun diminum air rebusannya.
  6. Makan daun pudina mentah setiap hari. Jadikan sebagai ulam ketika makan nasi. Amalkan selalu.

Petua awet muda Dr M


Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi petua menjalani kehidupan yang sihat ketika usianya telah mencecah 85 tahun.

Beliau berkata, "tidak berhenti daripada membuat kerja" dan sentiasa senyum merupakan rahsia yang diamalkan perdana menteri keempat itu.

mahathir ikmal  presidential lecture 290410"Jika kita rasa gembira, kita akan kelihatan muda, dan bila anda sudah tua, tolong jangan berhenti daripada bekerja.

"Buatlah apa-apa kerja. Fikirlah apa-apa yang boleh anda fikir. Tulis apa-apa yang boleh anda tulis tetapi jangan berhenti dari membuat kerja.

"Ia akan membantu anda untuk kelihatan muda," katanya dalam ucaptama semasa merasmikan Persidangan Penuaan Sihat Malaysia Kelima di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir bersama beliau isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu Dr Mahathir turut memberitahu supaya melakukan perkara yang digemari supaya sentiasa kelihatan muda dan sihat.

Tidak bersukan
"Sebagai contoh, saya menggemari politik, saya sentiasa fikir yang saya boleh melakukan sesuatu yang lebih bagus dari orang lain. Sebab itu saya mengkritik orang dan ini membuatkan otak saya sentiasa bekerja," katanya secara berseloroh.

Beliau juga turut berkongsi mengenai amalan pemakanan yang dinasihati emaknya sewaktu beliau masih kecil.

NONE"Mak saya pernah berpesan kepada saya, jika sedang enak menikmati sesuatu makanan, berhentilah segera. Ia memang sesuatu yang susah, tapi saya telah melatih diri saya untuk berhenti ketika sedang menikmati makanan," katanya.

Ironinya, beliau mengakui tidak melibatkan diri dalam sukan.

Baginya, aktiviti itu boleh menyebabkan anggota badan tercedera.

Perkara itu, tambahnya, tidak elok untuk masa akan datang.

"Saya sekarang sudah agak tua, tetapi saya tidak memerlukan tongkat untuk berjalan dan saya bebas berjalan ke mana sahaja.

"Tapi kalau anda seorang yang gemarkan sukan, abaikan nasihat saya," katanya berjenaka.

Petua Awet Muda


- Lindungi kulit daripada matahari

Pendedahan terhadap pancaran cahaya matahari menjadi antara faktor berlakunya proses penuaan. Anda perlu menggunakan krim perlindungan matahari setiap hari. Penggunaan krim perlindungan itu menghalang proses penuaan sekali gus bertindak ke atas prapenuaan.
 


- Elak merokok


Asap rokok secara tidak langsung mempercepatkan proses penuaan seseorang kerana asap tersebut akan menyerap
kandungan oksigen pada kulit dan melambatkan pembentukan sel-sel baru sehingga membuatkan wajah kelihatan pucat serta mengundang garis-garis halus pada mata.


 

- Pencucian dalaman

Kebanyakan
wanita tidak mengamalkan pencucian wajah sehingga bersih secara dalaman. Pencucian yang tidak bersih dipercayai akan mengundang kekeringan kulit dan kedutan. Anda tidak perlu menggunakan pencuci wajah yang mahal, sebaliknya pencuci biasa yang berbentuk krim boleh menanggalkan kekotoran apabila dikesat dengan kain kapas. Manakala, untuk kulit kering pula urut wajah dengan pencuci yang berminyak, biarkan selama beberapa minit dan cuci dengan air suam.

- Pelembapan dua kali ganda


Selain pelembapan seharian, anda juga boleh meningkatkan tahap pelembapan kulit sama ada menggunakan topeng muka atau menyapu krim pelembap mahupun krim malam dalam lapisan tebal pada seluruh wajah. Biarkan lapisan tebal itu selama lima hingga 10 minit dan lap dengan tisu.


- Aktifkan peredaran darah


Penggunaan skrab wajah dua kali seminggu dapat membantu melembutkan permukaan kulit. Skrab juga dapat mengaktifkan peredaran darah pada lapisan atas kulit. Dengan ini, ia membantu membentuk sel-sel baru pada wajah.


- Penggunaan bedak asas


Garis-garis halus dan kedutan dapat dihilangkan buat sementara waktu dengan penggunaan produk
kosmetik yang sesuai. Misalnya, bedak asas, konselar dan bedak kompak atau bedak halus membantu menutup garis-garis tersebut.
- Kerap membelai wajah


Walaupun saban hari, anda menggunakan produk
penjagaan kulit untuk memiliki kulit yang cantik tetapi rawatan wajah sebulan sekali amat membantu dalam menangani masalah kulit dan melambatkan proses penuaan. Gunakan rawatan wajah yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

- Pengendalian lembut


Ketika menggunakan produk penjagaan kulit atau solekan, anda perlu oles secara lembut supaya ia tidak merosakkan kulit wajah. Kulit sekeliling mata disifatkan lebih lembut berbanding di bahagian lain. Maka ia perlu dibelai secara lembut ketika menyapu krim pencuci atau krim mata. Semasa menyapu krim pada mata atau wajah, anda dinasihatkan menyapu krim tersebut menghala ke atas dan bukan ke bawah.


- Solekan yang sempurna


Beli produk kosmetik yang mengandungi perlindungan UV kerana bahan-bahan tersebut dapat melindungi kulit daripada pancaran matahari. Buat sedikit penyelidikan sebelum membeli produk kosmetik terutamanya pembayang mata, maskara dan pengalit mata.

Tuesday, October 2, 2012

Naza, Lend Lease maju KL Metropolis RM4b



Lakaran artis pembangunan KL Metropolis apabila siap sepenuhnya pada 2025.Lakaran artis pembangunan KL Metropolis apabila siap sepenuhnya pada 2025.
Lend Lease, kumpulan hartanah antarabangsa yang berpangkalan di Australia, menyertai Kumpulan Naza untuk membangunkan projek hartanah bercampur bernilai RM4 bilion di KL Metropolis, sebuah projek mega di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Projek yang akan dimajukan di tapak seluas 4.376 hektar itu akan membabitkan pembangunan pusat peruncitan serantau, rangkaian pejabat, hotel dan kediaman. 
Bagi menjayakannya, Lend Lease yang juga sebuah kumpulan infrastruktur bersepadu sepenuhnya semalam memeterai Perjanjian Induk (HOA) dengan unit hartanah Kumpulan Naza, iaitu Naza TTDI Sdn Bhd. 

Pada majlis itu, Naza TTDI diwakili Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Naza TTDI, SM Faliq SM Nasimuddin, manakala Lend Lease diwakili Ketua Eksekutif untuk Asia, Rod Leaver.

Mengulas mengenainya, SM Faliq menggambarkan usaha sama dengan kumpulan hartanah dari Australia itu sebagai satu petanda baik bagi mencapai aspirasi dan wawasan menjadikan KL Metropolis sebuah wilayah perdagangan dan pameran antarabangsa menerusi kombinasi hab aktiviti peruncitan, komersial dan kediaman.

Beliau berkata, ia bakal menjadi pelengkap kepada pembinaan Pusat Pameran Matrade yang dijangkakan siap sepenuhnya pada 2015.

Kerjasama itu, katanya bakal mengetengahkan pembabitan sumber, pengalaman serta kepakaran masing-masing dengan hasil pertamanya dijangka dapat dilihat menjelang akhir tahun ini. 
Sementara itu, Leaver berkata, dengan 30 tahun pengalaman beroperasi di Malaysia, Lend Lease yakin dapat membantu Kumpulan Naza menjayakan pembangunan mercu tanda pencakar langit baru di Kuala Lumpur itu, selain mewujudkan tanda aras baru dalam penciptaan masyarakat, seterusnya meninggalkan legasi positif bagi generasi akan datang.

KL Metropolis ialah projek Naza TTDI yang akan dimajukan di kawasan seluas 30.2 hektar membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM15 bilion.

Pembangunannya adalah bagi memenuhi peningkatan permintaan dalam industri Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran (MICE) serta pelancongan perniagaan. Ia secara umumnya disasarkan menjadi destinasi terkemuka dan pilihan untuk MICE di rantau ini.

Pelan induk KL Metropolis disediakan Skidmore, Owings and Merril, syarikat seni bina terkemuka dari Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab membangunkan binaan hebat dunia seperti Sears Tower di Chicago dan Burj Al-Khalifa di Dubai.

Projek itu akan dimajukan dalam tiga fasa dengan fasa pertama membabitkan GDV RM6 bilion akan dimajukan mulai tahun ini sehingga 2015 terdiri daripada pusat pameran MATRADE, dua menara kediaman, dua hotel, dua menara pejabat dan sebuah pusat runcit serantau.

Fasa kedua dengan GDV RM4 bilion akan dibina antara 2015 dan 2019 membabitkan pembinaan lima blok kediaman, tiga menara pejabat, hotel butik, pusat penjagaan kesihatan khusus dan menara mercu tanda.


sumber