Powered by Blogger.

Monday, September 2, 2013

RM 40 boleh jadi RM 147 ?


Apa itu NMG Network ? 

Secara ringkasnya ianya adalah program dari sebuah syarikat berdaftar dengan nama Creative Great Service.

Bagaimana program ini membantu anda ?

Program ini membolehkan anda menjadi sleeping partner mereka . Dengan melabur RM 40 ringgit anda akan mendapat imbuhan sebanyak RM 147. Apa yang anda akan dapat jika anda memilih untuk melabur RM 120 ?

Adakah program ini cuma untuk menjadi "sleeping partner" ?

1. Selain anda menjadi "sleeping partner", selepas membayar RM 40 anda boleh    memasang iklan text sepanjang hayat anda dengan RM 40. Iklan bergambar memerlukan sedikit bayaran .

2. Program affilliate: Dengan memperkenalkan program ini kepada rakan-rakan anda . Anda layak untuk     menerima 50 peratus(%) komisyen.


Apakah risiko jika anda menyertainya ?

Risiko yang amat rendah, anda tidak akan muflis jika hilang RM 40 . Tambahan pula anda dapat meletakkan iklan anda di laman web tersebut seumur hidup anda .

Jika anda hidup untuk 20 tahun lagi . Harga anda bayar untuk iklan anda cuma RM 0.005479 sehari ! Lepas anda mati pun, iklan itu tetap akan ada. hehe

Jika Allah kata rezeki anda di sini, pasti akan ada hasilnya . 

Walau apapun keputusan anda, saya syorkan supaya anda Daftar percuma dahulu di sini ---> DAFTAR SEKARANG !!

Klik dan terus tekan Sign Up, Pastikan nama penaja anda MSOLUTION .

Monday, August 19, 2013

Rozita Che Wan Bertunang ?





16 Ogos- Pelakon dan pengacara Rozita Che Wan, atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, bengang dengan tindakan seorang individu yang memuat naik gambar Zain Saidin dalam laman Instagram miliknya dengan Majlis Pertunangan Rozita Che Wan Dan Zain Saidin menunjukkan seolah-olah Che Ta dan Zain telah melangsungkan majlis pertunangan pada Hari Raya Ketiga.
Che Ta mengatakan dia menyedari kehadiran lelaki terbabit yang asyik mengambil gambar ahli keluarganya sewaktu majlis rumah terbuka Rozita di Alor Setar, Kedah.
"Saya tidak pasti apa motif dia berbuat demikian sedangkan wajah saya tiada dalam gambar yang dimuat naik. Dalam gambar itu, peminat terbabit hanya bergambar dengan Zain dan adik saya, Ayu Raudhah. Apa yang pelik, dia berani meletakkan hashtag sedemikian" kata Che Ta.
Che Ta juga mengatakan dia tidak terkejut dengan cerita palsu itu kerana dia pernah memberitahu mahu terus menikah tanpa bertunang terlebih dahulu. Pelakon ini juga mengatakan mungkin pakaian warna hijau sedondon yang dipakai membuatkan ramai yang percaya dengan cerita itu.
Ketika ditanya mengenai persiapan perkahwinan, Rozita mengatakan dia dan Zain masih belum membuat persiapan kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing, namun pasangan ini bertuah kerana ramai pihak yang ingin menaja majlis perkahwinan mereka yang bakal dilakukan di Kuala Lumpur.

Mitos Mengenai Keputihan


"Orang perempuan tidak boleh makan nanas atau timun banyak-banyak, nanti keputihan." Benarkah begitu? 

Pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Andalas Padang, Dr. Yusrawati yang juga Pakar Sakit Puan, secara tegas menolak mitos itu.  Menurut beliau, tiada sebarang buah-buahan yang menyebabkan keputihan.  Semua buah-buahan berfungsi menjaga kesihatan tubuh, termasuk kesihatan organ intim wanita, jantung dan kulit. 

Bahkan tegas beliau, buah-buahan termasuk nanas mahu pun pisang perlu dimakan agar tubuh dapat menahan kulat atau keputihan. "Sebaliknya, kurang makan buah-buahan boleh menimbulkan keputihan. Sebabnya, daya tahan tubuh akan merosot sekali gus memudahkan kulat tumbuh," jelas doktor pakar obstetrik dan ginekologi itu.

Justeru, Dr. Yusrawati mengesyorkan agar setiap wanita mengamalkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran.  Katanya, buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan haruslah pelbagai jenis dan mencukupi. Namun oleh kerana nanas bersifat asid, beliau menasihatkan agar memastikan perut selesa untuk menerimanya. Silap-silap perut akan memulas. 

"Tiada hubungan antara makan nanas dengan keputihan," tegas doktor yang berlatar belakang pendidikan di Fakulti Perubatan Universiti Andalas dan Universiti Indonesia itu. 

Jadi bagaimanakah terjadinya keputihan? 

Menurut Dr. Yusrawati, pencetus keputihan ialah sistem imun yang lemah. Keputihan juga boleh berlaku berikutan keadaan faraj atau organ intim yang sentiasa lembap. 

Sistem imun atau daya tahan tubuh menjadi lemah akibat kurang makan makanan yang mengandungi antioksida. Sedangkan, zat antioksida banyak terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. "Jadi, adalah amat penting untuk makan buah-buahan," kata beliau. 

Sebenarnya, keputihan adalah perkara biasa yang dialami oleh wanita. Yang perlu diketahui ialah sama ada keputihan yang dialami itu dalam katagori normal atau pun tidak? Keputihan yang banyak masih boleh dianggap normal jika ia berlaku sebelum atau sesudah haid, atau ketika hormon meningkat. 

"Keputihan yang normal ialah yang tidak berwarna iaitu seperti putih telur mentah, tidak berbau dan tiada rasa gatal," jelasn Dr. Yusrawati. 

Keputihan tidak normal boleh dikenal pasti daripada warnanya yang kekuningan atau kehijauan, lendirnya lebih kental, menggelembung, berbau dan gatal. Jika keputihan tidak lagi normal, sebaik-baiknya segeralah berjumpa doktor.  Jika dibiarkan, keadaan akan menjadi lebih serius. 

Jelas Dr. Yusrawati, apabila keputihan tidak normal dikesan, bermakna telah berlaku jangkitan di dalam faraj yang akan mengubah pH-nya (tahap keasidan) menjadi alkali. Flora normal terdapat di dalam faraj atau organ intim wanita. Apabila ada yang tidak normal, maka tahap keasidan faraj akan berubah. Flora-flora yang tidak normal akan tumbuh dan akhirnya menjadi jangkitan. 

Menurut beliau lagi, jangkitan tidak hanya berlaku di faraj tetapi boleh menular hingga ke pangkal rahim, tiub fallopian dan akan membentuk tompokan yang boleh mengakibatkan jangkitan pada rahim.  Dan keadaan itu boleh menjejaskan organ pembiakan. 

"Bagi mereka yang belum mempunyai anak, jangkitan pada organ pembiakan akan menyukarkan lagi usaha mereka untuk mendapatkan keturunan," katanya. 

Jangkitan yang dibiarkan tanpa rawatan boleh mencetuskan kanser rahim. Perubahan pH faraj membolehkan virus menyerang. Virus daripada kategori Human Papilloma (HPV), akan mengakibatkan kanser. 

Justeru, setiap wanita perlu menjaga kebersihan faraj dengan baik.Berikut beberapa cadangan Dr. Yusrawati dalam memastikan faraj tetap bersih dan sihat: 

- Menjalani gaya hidup sihat. 
- Memastikan faraj sentiasa kering dan tidak terlalu lembap. 
- Sering menukar pakaian dalam, lebih-lebih lagi jika seluar dalam lembap/basah. 
- Jangan pakai pakaian dalam daripada nilon atau bahan yang akan membuatkan faraj lembap. 
- Elakkan daripada memakai seluar yang terlalu ketat seperti legging yang akan menghalang peredaran udara dan menyukarkan organ intim ‘bernafas’. 
- Jangan gunakan pantyliner berpewangi. Pewangi boleh membunuh flora-flora normal di dalam faraj dan berubah menjadi flora tidak normal. 
- Hindari daripada menggunakan penggunaan sabun pencuci faraj yang mengandungi antiseptik. Antiseptik membunuh segala jenis kuman, termasuk kuman normal yang ada di dalam faraj.Flora normal diperlukan untuk mengekalkan pH faraj dan ia boleh musnah akibat penggunaan antiseptik. Cara paling selamat untuk membersihkan faraj ialah dengan menggunakan air bersih.

Thursday, July 25, 2013

Cara Nabi Muhammad menjaga kesihatan diri .


BAGAIMANAKAH cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita. Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja. Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.


Dapatkan tip-tip dan panduan kesihatan
First name

E-mail address





Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah:
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah
di hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, ba nyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.


Dapatkan tip-tip dan panduan kesihatan
First name

E-mail address



Wednesday, July 17, 2013

Hattan bernikah lagi di JW Marriott pada Julai 24






TARIKH 24 Julai ini merupakan hari bersejarah buat penyanyi Hattan dan bekas isterinya, Arianie kerana akan mendirikan rumahtangga buat kali kedua. Majlis pernikahan tersebut akan berlangsung di JW Marriott Hotel di Putrajaya pada jam 5.30 petang.  

Menurut Hattan ketika ditemui baru-baru ini, majlis tersebut akan diadakan secara kecil-kecilan dan akan dihadiri oleh 200 orang tetamu termasuk keluarga dan teman rapat pasangan tersebut. 

Hattan dan Arianie mula berbincang secara serius untuk membina rumahtangga buat kali kedua semenjak dua bulan lalu selepas masing-masing bersetuju untuk memulakan episod baru dalam hidup mereka. 

“Saya lihat kesungguhannya untuk mengambil saya sebagai surinya jadi saya terus bersetuju menerimanya semula. Hati saya sudah terbuka untuk menikahinya semula,” kata pramugari kanan syarikat penerbangan Malaysia Airlines ini. 

“Saya juga redha dengan ketetapan Allah S.W.T. pada kami berdua. Terlalu banyak pengalaman hidup yang kami lalui dan akhirnya kami dapat bersama semula. Lagi pun, selepas bercerai dulu, Hattan masih menunjukkan sifat caring beliau terhadap saya,” kata Arianie.


Tahun lalu, Arianie telah bertunang dengan seorang duda beranak tiga dan dijadualkan untuk mendirikan rumahtangga tidak lama selepas itu. Namun, perhubungannya dengan jejaka tersebut berkecai di pertengahan jalan, ‘kerana kami tidak serasi bersama,” kata wanita tinggi lampai ini. 

Kebetulan pada waktu yang sama, perkahwinan kedua Hattan dengan Noorfarashikin Othman dilanda kemelut dan akhirnya berakhir pada November tahun lalu selepas dua bulan berkahwin.

“Jodoh kami terlalu kuat. Walaupun kami sudah bercerai, kami sangat ‘transparent’ dan banyak berkongsi tentang kehidupan peribadi masing-masing dan selama ini tidak pernah timbul perasaan cemburu atau iri hati terhadapnya. Rupa-rupanya, sudah tersurat yang kami akan bernikah semula,” kata Arianie yang memang sinonim dengan watak peramah dan periangnya.

Kata Arianie, perancangan majlis perkahwinan mereka telah diserah bulat-bulat atas budi bicara Hattan termasuk dari aspek lokasi, menu dan tetamu.

Hattan dan Ariani pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor. Mereka telah dikurniakan seorang putera, Adam Eiman, 14 hasil perkongsian hidup selama 11 tahun. 

“Alhamdulillah … anak kami, Adam sangat cool selepas kami memberitahunya tentang hasrat kami untuk bernikah semula,” kata Arianie sambil tertawa kecil.
Hattan nikah semula dengan bekas isteri
Hattan yang berada di sisi Arianie sepanjang perbualan kami, hanya tersenyum lebar mendengar respon bakal isterinya itu. 

“Saya sangat menyayangi Arianie. Dia teman hidup dan saya berasa cukup bahagia bila bersamanya. Yang menariknya, keluarga saya turut menyayanginya,” kata Hattan yang mengambil keputusan untuk menikahi Arianie semula selepas selamat pulang dari menunaikan ibadah umrah Jun lalu.

Yahoo! Malaysia mengucapkan sekalung tahniah kepada Hattan dan Arianie dan semoga bahagia hingga ke anak cucu.

Apakah peluang saya mempunyai seorang bayi?


Apakah peluang saya mempunyai seorang bayi?


Keputusan itu dibuat: anda ingin mempunyai kanak-kanak, ia adalah penting kerana itu, untuk meningkatkan peluang mereka untuk hamil. Sekumpulan keseluruhan soalan anda terperangkap dalam kepala anda, juga, dalam usaha untuk meningkatkan peluang beliau hamil, ikuti nasihat kami.

Banyak soalan-soalan supaya anda berlari dalam fikiran: berapa lama yang anda mahu bertemu dengan bayi ini? Apabila anda perlu mempunyai hubungan seks? Berapa kerap? Dan ini adalah perkara biasa! Berikut adalah beberapa jawapan yang perlu meyakinkan anda!

Apakah peluang anda untuk mendapatkan hamil serta-merta?

Kebanyakan pasangan yang ingin bayi mempunyai statistik antara 15 dan 20% peluang kejayaan dalam bulan pertama. Kira-kira 40% dapat membuat bayi pada suku pertama dan hampir 85% yang berjaya dalam tahun pertama selepas keputusan itu. Wanita yang tahu kitaran haid mereka mula masa statistik kurang untuk hamil. Kitaran anda bermula pada hari yang sangat bahawa anda melihat kesan pertama darah merah terang, dan tidak berwarna jatuh tidak jelas. Akhir kitaran haid adalah hari apabila kitaran seterusnya bermula.



5 faktor boleh melambatkan reka bentuk

Lima kriteria utama yang boleh mengurangkan peluang anda untuk hamil atau melambatkan berita gembira adalah:

Umur ibu. Selepas 30 tahun, peluang untuk mendapatkan permulaan hamil menurun. Dan yang lebih tua anda mendapatkan, lebih banyak mereka mengurangkan menjadi cukup dekat dengan sifar pada usia 45 tahun.

Kitaran haid yang tidak teratur. Jika kaedah-kaedah yang anda tidak menentu (dalam kes ramai wanita), ia adalah sukar untuk meramalkan dengan tepat apabila ovulasi berlaku dan oleh itu apa yang hari bulan adalah yang paling sesuai untuk mengambil tindakan dengan pasangan anda.

Bilangan percubaan sebelumnya. Jika anda cuba untuk mempunyai bayi selama lebih setahun tanpa kejayaan, ia mungkin bijak untuk berunding dengan doktor atau pakar kesuburan. Wawancara ini juga perlu dilakukan di hadapan pasangan anda.

Kekerapan hubungan romantis. Nampaknya jelas untuk mengatakan, tetapi mengulanginya anyway: melainkan anda membuat cinta, anda mempunyai kurang peluang untuk hamil bayi.

Kesihatan ibu mengandung. Sesetengah penyakit atau keadaan perubatan mengurangkan peluang mengandung.

Berikan diri anda setiap peluang

Berasmara sepanjang masa?

Pasangan yang mahu bayi yang besar membiak hubungan percintaan mereka dalam tempoh beberapa hari sebelum ovulasi wanita. Ini semua tingkap kesuburan sempurna wajar memanjangkan pendekatan hanya kira-kira lima atau enam hari (termasuk hari ovulasi). Adakah hubungan di luar pada hari ini tidak sedikit untuk apa-apa dari segi reka bentuk ... Untuk keseronokan, ia adalah jelas cerita yang berbeza. Dan berhenti pil, wanita yang ingin hamil juga tertanya-tanya berapa lama bertahan kesan kontraseptif. Berapa hari selepas berhenti pil kembali mereka bersedia untuk hamil? Dalam kebanyakan kes, kesannya adalah serta-merta! Sebaik sahaja hormon dalam komposisi perancang dilepaskan, anda secara teori mampu kanak-kanak. Dalam realiti, bagaimanapun, ovulasi berlaku di tengah-tengah kitaran haid mungkin mengambil masa beberapa bulan untuk kembali normal

Cara yang paling cepat untuk hamil - 3 Tips Mudah untuk hamil dengan cepat dan secara semula jadi




Cuba untuk bayi boleh menjadi masa yang tertekan, tidak tahu apabila anda akhirnya mendapatkan ujian kehamilan positif, masih tertanya-tanya apa cara terbaik adalah untuk hamil. Mujurlah, terdapat beberapa tips mudah yang boleh membantu anda menyimpan pakej ini kecil anda di tangan anda buat pertama kali lebih cepat daripada yang pernah anda impikan.

Seks biasa, bukan sahaja di sekitar ovulasi

Sememangnya, kebanyakan pasangan menganggap bahawa cara terbaik untuk hamil adalah untuk mempunyai biasa di sekitar masa ovulasi hubungan, dan ia adalah benar bahawa seks apabila anda tidak ovulating, anda tidak hamil, ovulasi tidak semestinya benar apabila anda berfikir t. Cuba untuk mempunyai hubungan seks dengan kerap sepanjang kitaran anda. Ia sering disyorkan untuk mula bertindak pada hari yang mengikuti hari terakhir aliran haid anda, dan kemudian tarian bayi (dalam erti kata lain mempunyai hubungan seks) setiap dua hari sehingga tempoh pelepasan seterusnya atau sehingga anda mendapat talian positif terhadap kehamilan ujian.

Berhenti Merokok

Sudah tentu anda telah mendengar tentang kesan-kesan negatif merokok semasa mengandung, tetapi ia adalah sama untuk masa yang sebelum ini, apabila anda cuba untuk hamil. Merokok di kalangan wanita cuba untuk hamil memerlukan pakej risiko. Ia boleh umur telur anda (25 tahun telur anda boleh bertindak lebih seperti 35 tahun telur lama), ia mengurangkan peluang untuk telur disenyawakan menanam dalam rahim dan keguguran yang merokok lebih mungkin. Ia adalah, bagaimanapun, bukan sahaja wanita perlu berhenti merokok .. Kajian telah menunjukkan bahawa merokok di kalangan lelaki boleh mengetatkan saluran darah, yang memberi kesan kepada kualiti sperma.

Makan dengan baik sebelum konsep

Diet yang sihat dan seimbang boleh meningkatkan peluang anda untuk hamil secara mendadak. Makan pengambilan disyorkan anda daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari bukan sahaja akan membantu anda kekal sihat, ia juga akan memberi anda sebahagian besar vitamin yang anda perlukan apabila anda cuba untuk mempunyai anak.

Pam sehingga besi(iron) ... Besi adalah satu elemen penting yang bukan sahaja penting untuk memupuk dan mengembangkan bayi apabila anda hamil, kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang kedai-kedai besi yang mencukupi mempunyai kadar yang lebih tinggi daripada wanita kesuburan mempunyai kekurangan zat besi. Setiap bulan, anda kehilangan lebih daripada besi kedai anda masa anda (terutamanya jika anda mempunyai tempoh berat), ia adalah penting untuk mengembung kedai-kedai baru dengan makan banyak makanan yang kaya dengan zat besi. Daging, kacang, aprikot kering, sayur-sayuran berdaun hijau (seperti kale dan bayam) semua makanan yang kaya dengan zat besi.