Powered by Blogger.

Monday, March 10, 2014

Pilihan Lelaki


1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.

 2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.

 3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.

 4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

 5-Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.



 6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.

 7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

 8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

 9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

 10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.

 11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya :)

 12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

 13-Lelaki menangis!!

 14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.

 15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

 16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

 17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

 18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

 19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

 20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.

 21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.

 22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.

 23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.

 24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!

 25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.

 26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.

 27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)

 28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!

 29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.

 30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)

 31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.

 32-Kelemahan lelaki ialah di 'atas' lutut.

 33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.

 34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.

 35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.

 36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.

 37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.

 38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.

 39-Kebanyakan lelaki benci gay!

 40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.

 41-Lelaki sayang ibu mereka.

 42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.

 43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.

 44-Apabila seorang gadis mengatakan "tidak", seorang lelaki mendengar sebagai "cuba lagi".

 45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan "Diamlah" dengan begitu baik.

 46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.

 47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.

 48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.

 49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.

 50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)

 51-Lelaki sering memikirkan gadis yang suka kepadanya. Tetapi ini tidak bererti bahawa lelaki itu suka gadis itu.

 52-Lelaki tidak benar-benar mempunyai keputusan muktamad.

 53-Tiada lelaki tidak baik apabila dia sedang mengurat.

 54-Mana-mana lelaki boleh mengendalikan masalah sendiri. Cuma dia terlalu degil untuk menanganinya.

 55-Lelaki suka dengan gadis yang boleh memasak.

 56-Lelaki akan membuang masa beliau terhadap permainan video dan bola sepak.

 57-Lelaki sentiasa menganggap perempuan ni aneh dan mempunyai keputusan yang tidak dapat diramalkan tetapi mereka akan masih menyayangi mereka.

 58-Lelaki tidak suka gadis-gadis yang boleh menumbuk lebih kuat daripada mereka.

 59-Apabila seorang lelaki memandang ke arah anda, ianya samada dia kagum kat anda atau dia mengkritik anda.

 60-Anda tidak akan dapat memahami melainkan jika anda mendengarnya dari seorang lelaki.

 61-Lelaki suka pada perempuan yang seperti ibu-ibu mereka. Jangan main-main!

 62-Lelaki serta-merta boleh tahu jika gadis itu suka kat dia tetapi tidak dapat memastikan melainkan jika gadis itu memberitahu dia.

 63-Lelaki percaya bahawa tidak ada perkara yang seperti cinta pandang pertama, tetapi akan tetap guna ayat tentang cinta pandang pertama itu untuk memikat gadis.

 64-Jika seorang lelaki mula bercakap serius, ia tentu sangat penting.

 65-Apabila seorang lelaki menyukai anda, dia akan mengajak anda keluar.

 66-Lelaki juga boleh mencederakan diri mereka dari segi fizikal.

 67-Apabila seorang lelaki mengatakan dia tergila-gila kat gadis itu. Dia serius.

 68-Apabila seorang lelaki menyuruh anda meninggalkannya seorang diri, dia sebenarnya berkata, "Tolong temani aku".

 69-Perempuan adalah kelemahan lelaki.

 70-Jika anda membuat lelaki itu menderita dalam perhubungan, ia akan menjadi sukar untuk dia melepaskan anda.

 71-Ketinggian perempuan tidak penting untuk seorang lelaki tetapi berat badannya amat penting!

 72-Lelaki lebih suka perempuan yang tahu guna otak daripada yang tahu guna badan.

 73-Apabila masalah datang, lelaki lebih menyalahkan diri mereka berbanding perempuan.

 74-Lelaki terlalu banyak berfikir.

 75-Fantasi lelaki adalah tidak terhad.

 76-Lelaki tidak dapat menyimpan rahsia yang diberitahu oleh perempuan.

 77-Jika seorang lelaki memberitahu anda tentang masalah-
 masalahnya, dia hanya perlu seseorang untuk mendengarnya. Anda tidak perlu memberi nasihat.

 78-Lelaki akan hampir menyombong mengenai apa saja.

 79-Kalau seorang lelaki berdiam diri, cuba la anda yang mulakan perbualan.

 80-Apabila seorang lelaki berpura-pura bertenang, cuba periksa jika dia berpeluh. Anda akan tahu yang dia tu gementar.

 81-Lelaki benci apabila pakaian mereka menjadi kotor. Walaupun cuma titik kecil.

 82-Perbuatan biasa yang membuktikan bahawa lelaki itu suka kat anda ialah apabila dia akan bergurau dengan anda.

 83-Apabila anda menangkap dia menipu kat kamu dan dia meminta peluang kedua, memberikan peluang kepadanya. Tetapi apabila anda menangkap dia lagi dan dia meminta peluang sekali lagi, tinggalkan dia.

 84-Walaupun gurauan anda tak lucu, lelaki akan tetap senyum.

 85-Lelaki cenderung menjadi terlalu posesif dalam hubungan.

 86-Lelaki itu mempunyai semangat yang kuat untuk berubah tetapi mempunyai usaha yang lemah.

 87-Tidak mudah bagi seorang lelaki untuk berpisah dengan seorang perempuan terutama apabila mereka telah bersama-sama selama 3 tahun atau lebih.

 88-Jika seorang lelaki memberitahu dia mencintai anda sekali seumur hidup. Dia betul-betul maksudkannya.

 89-Lelaki benar-benar mengagumi perempuan yang mereka suka walaupun perempuan tu takla cantik sangat.

 90-Lelaki tak suka perempuan yang kuat maki. :)

Rahsia Tubuh Badan



1. Memicit atau suka memegang hidung

-Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dlm apa juga tindakan yang dilakukan.

-Seorang yang pemalu dan sukar utk berkongsi rahsia besar dgn org lain kecuali org yang benar2 dipercayai.




2. Meletak tangan pada bahu kawan

-Suka ikut kepala sendiri

-Pentingkan diri sendiri

-Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman2 rapat


3. Bermain dgn tangannya

-Mempunyai tahap humor yang tinggi

-Pandai berjenaka

-Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan org lain tanpa am bil hati

-Jenis open minded


4. Mematahkan jari jemarinya

-Seorang yang gugup dan kurang yakin utk berbicara dgn org lain

-Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja


5. Menggigit kuku

-Gugup dan gementar bila berbicara

-Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati


6. Memintal hujung rambut

-Suka berkhayal

-Sukar diperdayakan

-Keras kepala


7. Menongkat dagu

-Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya

-Suka mendengar masalah teman2

-Setia dlm persahabatan


8. Suka letakkan tangan atas meja

-Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri

-Seorang yg Peramah

-Suka bergantung pada orang lain


9. Menggosok 2 telapak tangan

-Ramah dan berfikiran matang

-Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit2

-Mudah memahami perasaan org lain dan suka membantu


10. Memutar cincin

-sangat menepati janji

-berhati2 dlm tutur kata

-gemar hidup yang teratur

Lelaki Teruna


Wanita masa kini lebih cenderung untuk mencari lelaki yang lebih berpengalaman untuk dijadikan calon suami. Ape-apa pon kami akan berkongsi jugak tips-tips ini sebagai panduan kepada wanita-wanita di luar sana.. Meh tengok..

Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.



Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.

Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.

Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.

Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.
Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.

Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.

Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.

Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.

Tujuh kelebihan wanita dalam agama Islam




 Assalamualaikum.....

 Banyak pihak mengatakan bahawa sukar menjadi wanita Islam (muslim), hanya dengan melihat secara kasar perkara-perkara di bawah ini :

 1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
 2. Wanita perlu minta izin dari suami apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
 3. Wanita saksinya (jumlah apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
 4. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit dari pada lelaki.
 5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak
 6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada istrinya dalam (hal-hal tertentu).
 7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
 8. Wanita kurang "selesa" dalam beribadat kerana adanya masalah haid dan nifas.
 9. dan lain-lain isu yang sengaja dipersoalkan sama ada mereka yang bukan Islam ataupun mereka yang terperdaya dengan tohmahan "musuh" Islam.




Tetapi, pernahkah kita menyelami hakikat yang sebenarnya iaitu kelebihan menjadi seorang wanita yang beragama Islam?.  Baca penerangan di bawah ini:

 1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang selamat dan terbaik. Sudah pasti itulah intan permata bandingannya dengan seorang wanita.

 2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama daripada kepada bapanya ?

 3. Wanita menerima harta warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah bahawa harta itu akan menjadi miliknya dan tidak perlu diserahkan kepada suami? Sementara suami apabila menerima harta warisan ia wajib juga menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya ?

 4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahwa setiap saat dia didoakan oleh segala mahluk, malaikat dan seluruh mahluk Allah dimuka bumi ini, dan tahukah jika ia meninggal karena melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya.

 5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap empat wanita, iaitu : Isteri, Ibu, Anak perempuan dan saudara perempuan. Ertinya , bagi seorang wanita tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh empat orang lelaki, iaitu : suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

 6. Seorang Wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu mana saja yang disukainya cukup dengan empat syarat saja, iaitu : solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.

 7. Seorang lelaki wajib berjihad di jalan Allah, sementara bagi wanita jika taat kepada suami serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah SWT, maka ia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad di jalan Allah SWT tanpa perlu mengangkat senjata.

 Masya' Allah…demikian sayangnya Allah SWT kepada wanita. Yakinlah bahwa di dalam Islam, nasib wanita sebenarnya lebih terbela @ terjaga jika dibandingkan dengan "yang lain".  Usahlah percaya dan mengikuti "dakwah" pihak-pihak tertentu yang ingin memburuk-burukan Islam.  Marilah kenali Islam dengan niat yang ikhlas iaitu ingin mencari kebenaran dalam beragama...

Islam itu indah, Islam itu mudah dan Islam itu "ad'din" (cara hidup).

Kenali Wanita Melalui Warna





MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.


BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.


HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.


HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.


PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.


KOKO
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.


UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.


KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.


KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

Saturday, March 8, 2014

Siapa Penumpang Misteri MH370


Kuala Lumpur: Dua penumpang, masing-masing warga Itali dan Austria yang turut disenaraikan Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai penumpang yang hilang bersama pesawat MH370 di perairan sempadan Malaysia/Vietnam, pagi semalam, dipercayai tidak berada di atas pesawat itu.






Penggunaan identiti mereka oleh dua p enumpang MH370 menimbulkan persoalan sama ada kehilangan pesawat berkenaan ada unsur jenayah. 


Dapatkan Berita Harian Hari Ini .

Dua Penumpang Misteri MH370


Kuala Lumpur: Dua penumpang, masing-masing warga Itali dan Austria yang turut disenaraikan Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai penumpang yang hilang bersama pesawat MH370 di perairan sempadan Malaysia/Vietnam, pagi semalam, dipercayai tidak berada di atas pesawat itu.






Penggunaan identiti mereka oleh dua p enumpang MH370 menimbulkan persoalan sama ada kehilangan pesawat berkenaan ada unsur jenayah. 


Dapatkan Berita Harian Hari Ini .