Powered by Blogger.

Wednesday, August 8, 2012

Mengenai Masalah Teknikal Laman Sesawang JPA

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengalami masalah teknikal melalui laman sesawang permohonan penajaan JPA dihttp://esilav2.jpa.gov.my/ pada 7 dan 8 Ogos 2012 . Sehubungan itu, tarikh tutup permohonan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) 2012 secara dalam talian (online) telah dilanjutkan sehingga jam 11.59 malam pada 16 Ogos 2012 (Khamis).

Dokumen sokongan perlu diterima oleh Jabatan ini selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2012 (Khamis). 

Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menghubungi 03-88853453, 03-88853541 atau 03-88853532. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang (Isnin-Jumaat).

Pertanyaan mengenai program tajaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-88853049 (10 talian) pada setiap hari bekerja mulai jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang atau melalui e-mel di alamat pidn2012@jpa.gov.my

Wednesday, June 27, 2012

Monday, June 18, 2012

Lemah Syahwat

Disebutkan dalam Hadits berikut :
‘Umar bin Khattab berkata tentang suami yang lemah syahwat: ” Dia diberi tempoh satu tahun. Jika dapat sembuh, (perkawinannya bisa diteruskan); dan jika tidak, mereka boleh diceraikan dan isterinya mendapatkan mahar dan harus ber’iddah.” (H.R. Baihaqi)

Penjelasan :
Lemah syahwat ialah ketidakmampuan seorang laki-laki untuk memenuhi keperluan biologi isteri. Memenuhi keperluan biologi hanyalah dibenarkan melalui perkahwinan.
Maksud hadits di atas ialah istri yang memiliki suami yang mengidap lemah syahwat berhak mengajukan perceraian jika penyakit suaminya tidak bisa disembuhkan.
Seorang suami berkewajiban memenuhi kebutuhan biologis istrinya, karenanya dia harus kuat syahwat. Tanpa memiliki kekuatan syahwat, tuntutan biologis istri tidak akan dapat terpenuhi. Hal ini menjadi perhatian dalam syariat

Islam karena dalam perkawinan ada keharusan untuk saling memenuhi tuntutan biologis merupakan salah satu faktor terciptanya suasana bahagia suami istri.
Seorang perempuan muslim perlu memperhatikan sisi kemampuan syahwat calon suaminya supaya kelak dalam menempuh kehidupan rumah tangga tidak terjadi perselisihan dan pertengkaran. Bilamana suaminya lemah syahwat, hal ini tentu akan merugikan dirinya.

Bagi seorang suami, karena adanya kesempatan untuk berpoligami, terjadinya kelemahan syahwat pada istrinya dapat dikompensasi dengan mengambil perempuan lain sebagai istri barunya. Akan tetapi, bagi seorang perempuan muslim, hal semacam ini tidak bisa dilakukan. Pilihan yang bisa diambil ialah menerima keadaan suami atau bercerai. Untuk itulah, perlu sekali adanya pemilihan selektif terhadap laki-laki yang hendak menjadi suaminya.

Untuk mencegah terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan dalam perkawinan, sebelum seorang perempuan muslim mengikat diri dengan seorang laki-laki muslim sebagai suami istri, ia perlu meneliti kemampuan syahwat calon suaminya. Agar dapat mengetahui seberapa jauh kesehatan dan kemampuan syahwat yang bersangkutan, dapat diadakan penyelidikan dengan cara-cara antara lain:
1. Menanyakan kepada yang bersangkutan tentang keadaan dirinya. Sudah tentu yang bersangkutan harus memberi jawaban dengan jujur atau mengambil sumpah dengan nama Allah. Jika ternyata ia berdusta, ia harus berani menanggung resiko atas kebohongannya kelak. Cara ini memang ini kurang efektif, namun sebagai muslim cara ini menumbuhkan tanggung jawab akhirat jauh lebih berat bagi yang bersangkutan. Jika dia berbohong, dosanya tidak hanya kepada perempuan yang menjadi istrinya, tetapi juga kepada Allah. Allah kelak akan menjatuhkan hukumannya di akhirat.

2. Meminta yang bersangkutan untuk melakukan ujian kesihatan seksual, apakah ia termasuk orang yang lemah syahwat atau normal.
Karena dalam perkawinan keperluan seksual atau biologis merupakan hal mutlak, baik bagi suami maupun istri, para perempuan muslim tidak boleh merasa malu untuk menyelidiki dan mengetahui keadaan syahwat calon suaminya. Kalau hal ini tidak diketahui secara dini, kemungkinan kelak akan terjadi masalah pada diri yang bersangkutan, sehingga boleh jadi ia akan merasa tertipu dan mengalami trauma untuk bersuami. Supaya tidak terjadi akibat buruk semacam ini, perlulah para perempuan muslim sejak awal mengetahui kondisi seksual calon suaminya. Jika ternyata ia orang yang lemah syahwat, lebih baik ia menolak lamarannya suapaya tidak merugikan dirinya.

Para perempuan muslim harus menyadari bahwa kebutuhan biologis bukan semata-mata untuk dirinya, melainkan juga untuk mendapatkan keturunan, sebab perkawinan disyari’atkan oleh Islam terutama bertujuan untuk menjadi sarana pengembangbiakan jenis manusia secara halal di muka bumi. Hal ini hanya bisa dilakukan bilamana suami dapat melakukan fungsi biologisnya kepada istrinya dengan baik. 

Oleh karena itu, pilihlah suami yang tidak lemah syahwat.
Berdasarkan hadith di atas, maka kita manusia hendaklah berusaha agar rumah tangga kita bahagia dan kita dapat hidup sempurna sebagai seorang lelaki sejati.

Sunday, June 17, 2012

Kesedaran kanser payudara rendah

KUALA LUMPUR: Kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan wanita adalah masih rendah walaupun terdapat banyak kempen kesedaran yang dilakukan pelbagai pihak, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. “Sikap ambil mudah dan tahap pengetahuan yang rendah terhadap kanser berkenaan juga dikenal pasti sebagai punca peningkatan kadar kematian di kalangan wanita 40 tahun ke atas selain kekal sebagai kanser pembunuh nombor satu kepada wanita di negara ini. 

 “Laporan mengenai Program Mamogram Bersubsidi oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pula menunjukkan wanita berketurunan Cina paling ramai melakukan pemeriksaan payudara iaitu 67 peratus berbanding wanita Melayu; 32 peratus diikuti wanita India; 7 peratus. “Justeru, saya menyeru wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara dan segera mendapatkan rawatan jika mengesan sebarang kelainan pada diri,” katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Yayasan Pink Ribbon Wellness di sini, semalam. 

Yayasan Pink Ribbon Wellness ditubuhkan bagi tujuan pendidikan, penjagaan serta perkara berkaitan peningkatan kesedaran bagi kanser payudara di Malaysia. Ia bakal menyertai barisan pertubuhan Pink Ribbon lain untuk menjalankan aktiviti dalam usaha menimbulkan kesedaran terhadap pencegahan, rawatan, advokasi dan pendidikan terhadap kanser payudara.

 Selain itu Rosmah berkata, usaha yayasan itu dalam memperjuangkan kesedaran terhadap bahaya kanser payudara juga dipuji kerana melalui kempen dan aktiviti anjuran yayasan itu bukan saja dapat memberi kesedaran kepada wanita, bahkan dapat mengesan tanda-tanda awal penyakit penyakit itu. “Ia sekali gus dapat menyelamatkan lebih banyak wanita di negara ini. Selain itu, peratusan untuk memerangi kanser ini adalah jauh lebih tinggi sekiranya ia berjaya dikesan di peringkat awal,” katanya.

Fakta Tentang Facebook .

  Facebook adalah satu sosial networking yang amat popular pada masa kini. Dari kanak-kanak sehinggalah orang tua, semua pasti ada FACEBOOK. Pada satu masa dulu pernah tercetus satu revolusi di Timur Tengah hanya kerana Facebook ! Ustaz Azhar Idrus pun "famous" sebab Facebook !

Sebenarnya Facebook bagaikan satu kawasan pasaran yang amat bernilai . Mengapa kita dahulu pernah di jajah oleh Jepun ? Antara salah satu faktor Jepun tidak mempunyai kawasan pasaran yang cukup besar. Maharaja Meiji pun titah untuk jajah negara-negara Asia yang lain kerana salah satu faktor kawasan pasaran . Nah, sekarang dah ada kawasan pasaran yang luas, nak buat apa ? Berpeluk tubuh ?

Bagaimana dengan perniagaan anda ?
[klik pada gambar di bawah]
*-------------------------------------------------------------------*

*-------------------------------------------------------------------*

Kepesatan media amat menguntungkan setiap pihak . Malahan tidak dapat di nafikan majoriti warga Malaysia mempunyai akaun Facebook mereka sendiri . Jika peluang ini di manfaatkan dengan segera setiap individu mampu menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

Wednesday, June 13, 2012