Mayat dua beranak yang lemas di Sungai Kerian berjaya ditemui
Mayat dua beranak yang lemas di Sungai Kerian berjaya ditemui
NIBONG TEBAL: Mayat dua beranak yang dipercayai lemas ketika memancing di Sungai Kerian, Kampung Tanjung Berembang di sini berjaya ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat mangsa dilaksanakan hampir 23 jam.
Mayat, Mohd Halif Akim Halim berusia 1 tahun 10 bulan ditemui pasukan penyelamat pada jam 12.30 tengah hari tadi kira-kira 400 meter dari hulu sungai manakala bapanya, Halim Ibrahim, 52 ditemui penduduk kampung kira-kira jam 5.40 petang berhampiran tebing dekat lokasi kejadian.
Dalam kejadian jam 6 petang dua hari lepas, Halim bersama isteri, dan dua anaknya, Nor Amira Halim berusia lima tahun dan Mohd Halif Akim keluar untuk bersiar-siar dan mengail ikan di kawasan sungai berkenaan. Tambah pendapatan !
0 comments:
Post a Comment